Latest News

Wednesday 25 May 2016

PROJEK PEMBESARAN SUNGAI SUGUD

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah banyak kali kegagalan projek kerajaan BN yang lambat siap... Oleh FB Terrence A SiamBun (screenshot)
(ii) Sudah banyak kali kegagalan projek kerajaan BN yang lambat siap... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PEMBESARAN Sungai Sugud sebenarnya dijalankan melalui pemberian kontrak kepada syarikat yang dilantik. Tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan dana untuk projek tersebut. Memang setiap projek ada masa tempoh yang diberikan kepada syarikat yang dilantik. Jika projek itu tidak dapat disiapkan oleh syarikat yang dilantik, maka denda dikenakan kepada syarikat tersebut. Ini adalah sama dengan projek pembesar Sungai Sugud, bukan sahaja kerajaan mengharapkan projek itu siap dilaksanakan tetapi jabatan yang mengendalikan projek itu mahukan agar syarikat itu siap seperti mana tempoh pelaksanaan. 

Perhatian yang diberikan ADUN Moyog itu memang telah diambil maklum oleh kerajaan. Malah, kontraktor yang dilantik telah diberi amaran agar menyiapkan projek itu dengan segera. Memang di lapangan, kontraktor berdepan dengan kelewatan disebabkan faktor-faktor pentadbiran dan pengurusan seperti sukar masuk di kawasan-kawasan tertentu kerana kawasan itu milik penduduk sehingga halangan itu membantut penyiapan projek.

Kelemahan-kelemahan projek seumpama ini disebabkan kontraktor berdepan dengan kerja-kerja lapangan khususnya berkaitan dengan tanah-tanah penduduk yang perlu dilewati untuk masuk ke kawasan projek. Juga, halangan-halangan pemindahan tiang-tiang utiliti seperti tiang elektrik, telefon dan sebagainya.

Bagi kontraktor, memang mahukan sesebuah projek disiapkan secepat mungkin. Namun, halangan-halangan di tapak projek merupakan halangan utama penyiapan projek seumpama ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook