Latest News

Wednesday 4 May 2016

ROYALTI MINYAK Hanya Sebahagian Daripada Tanggungjawab Persekutuan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The tragic thing in Sabah and Sarawak is when BN... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot) (screenshot)
(ii) Know your state’s rights, ‘irresponsible’ Musa told... Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

TIDAK perlu orang lain seperti Setiausaha Agung parti Pakar (Zainnal Ajamain) memberitahu Datuk Seri Musa Aman apa yang perlu dilakukan.

Pemimpin pembangkang ini, tidak habis-habis bercakap berkaitan royalti minyak yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Sabah, sedangkan royalti hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Pemimpin pembangkang ini hanya nampak sebahagian kecil daripada obligasi Persekutuan kepada Sabah, namun tidak nampak atau menafikan obligasi yang lebih besar.  Adalah biasa jika orang berfikiran sempit akan selalu nampak benda-benda kecil, akan tetapi tidak kepada benda-benda yang lebih besar.

Kalau diambil kira bantuan kewangan kerajaan Persekutuan kepada Sabah setiap tahun, jumlahnya berkali-kali lipat ganda besarnya berbanding dengan royalti minyak meskipun kadar royalti dibayar pada kadar 20 peratus. Untuk catatan, kadar 5% royalti minyak bersamaan RM900 juta dan kalau 20 peratus, maka RM3.6 bilion. Sedangkan, saluran kewangan kerajaan Persekutuan kepada Sabah setiap tahun tidak kurang RM10 bilion.

Kadar royalti yang dibayar Petronas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan kerajaan Persekutuan masing-masing 5% untuk membolehkan syarikat minyak milik negera itu terus beroperasi dan berkembang maju. Keinginan pembangkang, jika syarikat itu membayar 20%, maka syarikat tidak berdaya maju dan seterusnya tutup gulung tikar. Pembangkang mahu menyembelih angsa yang bertelur emas.

Musa, sebagai Ketua Menteri Sabah, lebih arif dan tahu apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyatnya. Atas sebab itu, beliau mengerti berkaitan dengan sebab musabab di sebalik bayaran royalti minyak oleh Petronas yang hanya 5%. Sebagai seorang bekas peniaga, beliau faham bagaimana sesebuah syarikat terus bertahan. Oleh sebab itu, beliau tidak mahu mematikan syarikat yang boleh menyalurkan kewangan secara tetap kepada kerajaan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook