Latest News

Friday 27 May 2016

SOAL KOS BERIMBANG: Pembinaan Lebuh Raya Sabah Dan Sarawak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Alasan jalan raya di Sabah/ Sarawak susah dibuat hanya gimik Penjajah Malaya... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

BUKAN sebab susah membina lebuh raya bagi Sabah dan Sarawak, tetapi pertimbangan 'kos berimbang' yang bakal diperolehi jika membina lebuh raya itu.  Ini adalah perkara penting dan mustahak sebelum memutuskan untuk membina atau tidak. Selepas 50 tahun, didapati tidak semestinya  kos berimbang perlu dicapai dalam  pembinaan lebuh raya bagi  Sabah dan Sarawak.

Perlu diketahui bahawa di Semenanjung juga hanya bermula tahun 1990 lebuh raya dibina selepas 33 tahun. Walaupun jumlah pengguna puluhan juta, pertimbangan bagi pembinaan lebuh raya adalah dari segi jumlah pengguna ataupun kerajaan mahu mewujudkan pekan-pekan ekonomi baru bagi merancakkan ekonomi negeri. Melalui pengalaman Lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung, didapati bahawa pembinaan lebuh raya tidak semestinya berpaksi kepada kos berimbang malah faktor kemunculan kawasan-kawasan perekonomian baru.

Atas pertimbangan kemunculan pekan-pekan baru sepanjang lebuh raya, maka pada tahun 2009 diumumkan pembinaan lebuh raya Sabah dan Sarawak (Lebuhraya Pan Borneo) yang menelan belanja lebih RM28 bilion, yakni RM16 bilion lebih di Sarawak dan lebih RM12 bilion di Sabah. 

Jumlah kos itu setara bayaran royalti minyak selama 14 tahun bagi Sabah dan Sarawak. Bayangkan!

Kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah 100 peratus ditanggung Kerajaan Persekutuan, ertinya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengaut hasil cukai dan royalti minyak terbukti adalah tidak benar apabila mengembalikan hasil kutipan cukai dan royalti kepada Sabah dan Sarawak melalui pembinaan Pan Borneo. Bukan jumlah itu sahaja akan tetapi banyak lagi peruntukan Persekutuan disalurkan kepada Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, selama kempen PRN ke-11 Sarawak, Persekutuan telah mengumumkan lebih RM4 bilion kepada Sarawak untuk membina jalan-jalan perhubungan termasuk membina jambatan-jambatan jalan.

Memang, bagi mereka yang tidak terlibat dengan pemerintahan, mudah sangat menuduh atas sebab mereka tidak tahu apa-apa berkaitan dengan peruntukan Persekutuan yang disalurkan kepada Sabah dan Sarawak. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook