Latest News

Wednesday 25 May 2016

SYARIKAT MINYAK RUSIA BERMINAT MEMBELI ASET PETRONAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) acam mana harta Sabahh dan Sarawak boleh dijual dengan sesuka hati saja... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

DALAM industri minyak global, kerjasama berbagai pihak oleh syarikat yang bergiat dalam industri minyak memang berlaku di mana-mana. Petronas misalnya, sejak penubuhan syarikat itu sudah terbiasa bekerjasama dengan syarikat-syarikat Barat atau syarikat-syarikat di mana negara-negara di mana syarikat itu didaftarkan seperti Shell yakni negara demokrasi. Oleh kerana persaingan global berkaitan minyak di mana kos merupakan pertimbangan utama berikutan kos sangat mempengaruhi keuntungan, maka syarikat minyak seperti Petronas di mana dalam operasinya berasaskan kepada 'bahagi hasil keuntungan' dan jika syarikat itu mendapat cadangan daripada syarikat-syarikat dunia termasuk daripada Rusia di mana berkemungkinan, nisbah keuntungan lebih baik berbanding dengan syarikat-syarikat di mana Petronas sedang bekerjasama. Oleh yang demikian, cadangan kerjasama itu perlu dipertimbangkan.

Kerjasama dalam industri minyak bukan bererti menjual tetapi kerjasama dalam industri itu seperti mana dijalankan oleh Petronas di negara-negara lain seperti di Sudan, Myanmar dan negara-negara di mana Petronas sedang beroperasi. 

Sedarkah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bahawa Petronas juga sedang bekerjasama dengan berbagai pihak di negara-negara lain di dunia dalam industri minyak? Apakah cara itu membawa makna bahawa negara-negara tersebut menjual kawasan cari gali minyak mereka yang dijual kepada Petronas? Jawapannya tidak, ianya hanya berasaskan 'kerjasama' untuk tempoh masa tertentu. Demikian juga, jika benar ada syarikat minyak Rusia bekerjasama dengan Petronas mencari gali minyak di Malaysia, ianya dalam bentuk kerjasama untuk masa tertentu berasaskan pertimbangan keuntungan masing-masing.

Dalam keadaan harga minyak mentah yang rendah masa kini, di mana keuntungan Petronas menyusut maka bentuk kerjasama yang boleh memberikan keuntungan tinggi dalam keadaan harga minyak yang rendah sudah tentu dialu-alukan. 

Apakah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan tidak mahu negara mendapat keuntungan lebih? Tiada hasil meneruskan usaha sama dengan syarikat-syarikat yang ada jika margin keuntungan rendah sedangkan ada syarikat lain boleh memberi keuntungan lebih? Cara Datuk Dr. Jeffrey Kitingan memberi komen pada sesuatu yang masih dalam cadangan dan seolah-olah membiarkan Petronas tidak mendapat keuntungan lebih yang mana keuntungan lebih itu terlepas diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sarawak, Sabah dan Terengganu.

Rupanya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu keuntungan Petronas daripada cari gali minyak agar dibiarkan lesap walaupun peluang mendapatkan keuntungan itu terbuka luas. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebenarnya tidak mengerti istilah ekonomi dan kos melepas di mana melalui cara itu keuntungan lebih akan diperolehi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook