Latest News

Thursday 26 May 2016

Tarif Elektrik Dan Keuntungan TNB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Untung tapi di Sabah masih ayam mati... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

TENAGA Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti negara yang mempunyai hutang puluhan bilion ringgit. Hutang itu bagi penyediaan janakuasa dan peralatan untuk kegunaan menyalurkan tenaga kepada pengguna. Sesebuah syarikat tenaga seperti TNB perlu untung agar dapat membayar hutang syarikat. Tahun lalu dinyatakan TNB telah untung sebanyak RM3.29 bilion. 

Sedarkah pemilik facebook itu bahawa tahun-tahun yang sebelumnya, syarikat utiliti negara itu mengalami kerugian maka tarif elektrik dikaji semula. 

Apa yang perlu diingatkan, tarif elektrik di negara ini, masih yang terendah di negara-negara ASEAN kecuali negara Brunei. TNB perlu mengekalkan keuntungan untuk membayar hutang syarikat selain dapat mengekalkan tarif elektrik yang rendah. Jika syarikat tidak mendapat keuntungan, maka tiada pilihan bagi syarikat itu untuk meneruskan penyediaan tenaga untuk tidak menaikkan tarif elektrik. Adalah elok dan baik jika saban tahun, TNB dapat untung di atas paras RM3 bilion dan jika ini berlaku, maka semakin tersedianya kos bagi memasang rangkaian tenaga bagi kawasan-kawasan di pedalaman.

Tenaga eletrik, meskipun merupakan keperluan namun pengguna juga perlu mengawal penggunaannya jika ingin bayaran bulanan kekal rendah. Di kampung atau desa, biasanya bayaran elektrik pengguna antara RM30-RM40 sebulan, secara purata dengan tiga (3) lampu dan dua (2) soket. Jika bayaran anda berkali lipat daripada jumlah itu, maka penggunaan anda dikira sangat mewah. 

Penggunaan mewah, jangan salahkan syarikat yang menyediakan tenaga litrik, akan tetapi salahkan diri sendiri.

Penggunaan elektrik seperti juga penggunaan minyak petrol. Kalau anda mempunyai kereta besar sudah tentu penggunaan petrol tinggi. Namun, jika anda menggunakan motorsikal, maka penggunaannya sudah tentu lebih rendah. Pemilik facebook itu, hanya mahu menjaga diri sendiri tetapi tidak mahu melihat bagaimana sesebuah syarikat seperti TNB terus berkembang maju agar dapat secara terus-menerus menyediakan tenaga sesuai dengan keperluan. Jika sesebuah syarikat seperti TNB rugi, maka terlalu sukar bagi syarikat itu menyediakan bekalan tenaga yang optimum pada harga yang berpatutan. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook