Latest News

Thursday 19 May 2016

Tidak Salah Menyokong Pemimpin

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) masihkah anda ingat kenyataan huguan siou ini... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

BARU-baru ini dalam laman facebook mengenai 'Pembongkaran Penipuan BN UMNO' telah menjadikan kenyataan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai 'isu'. Kenyataan mengenai tidak sebab tidak sokong Dato' Seri Najib Razak telah diperbesarkan oleh segelintir pihak yang mencari publisiti murahan. 

Hujah yang dimainkan ialah jika menyokong Dato' Seri Najib Razak negara akan muflis. Sedangkan,  dalam rekod ekonomi negara kita semakin stabil akibat oleh rasionalisasi pihak kerajaan terhadap ekonomi Malaysia dan kedudukan ringgit Malaysia yang semakin pulih. 

Seterusnya, pemilik  laman itu menyatakan bahawa  rakyat sengsara dengan kos sara hidup yang meningkat. Sedangkan, admin itu tidak menafikan usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Yang terbaru adalah peningkatan gaji minimum Sabah dan Sarawak, BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, subsidi untuk petani, nelayan dan banyak lagi. 

Admin itu juga ada menyatakan soal keselamatan, persoalan besar sekarang ialah adakah Malaysia sekarang tidak selamat? Sedangkan, saban tahun peningkatan jumlah pelancong asing ke Sabah memberangsangkan. Semua ini akibat daripada usaha kerajaan mewujudkan ESSCOM dan menyelesaikan isu pencerobohan di Sabah. Memang ada berlaku kes penculikan tetapi sudah berkurang akibat daripada usaha kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri.

Semua isu yang dimainkan oleh pemilik facebook itu sebenarnya sudah ada usaha yang dijalankan oleh Perdana Menteri. Kalau AFS jadi seperti Tan Sri Pairin Kitingan mesti juga akan mengeluarkan kenyataan yang sama. Kita patut menyokong pemimpin selagi masih kepimpinannya memberi kebaikan dan menjaga kebajikan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook