Latest News

Monday 30 May 2016

Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah


DALAM segi perundangan, tuntutan itu tidak mungkin berjalan. Sabah atau North Borneo merupakan jajahan British. British memberi kemerdekaan kepada jajahannya pada 31 Ogos 1963. Ikatan sebahagian North Borneo dengan kesultanan Sulu, berlaku pada abad ke-19. Filipina memansuhkan kesultanan Sulu pada tahun 1930. Selepas Filipina merdeka tahun 1949, kesultanan Sulu tidak wujud lagi.

Kenyataan Presiden Filipina yang dipilih Rodrigo (Digong) Duterte berkaitan tuntutan ke atas Sabah, hanya kenyataan politik. Kenyataan serupa pernah diutarakan calon Presiden Filipina Macapagal (Gloria Macapagal Arroyo) tahun 1950. Hanya bezanya dengan Duterte, Duterte menyatakan tuntutan selepas dipilih sebagai Presiden.

Tidak tahu apa yang menyebabkan Duterte membuat kenyataan demikian? Mungkin ada hubungan dengan tindakan Republik China di Laut China Selatan. Melalui kenyataan itu, maka Presiden Filipina yang dipilih itu mahu melibatkan negara Malaysia terhadap persengketaan antara Filipina dengan Republik China.

Kalau diikutkan senarionya, sepatutnya Duterte mengemukakan tuntutan kepada British dengan memberi alasan mengapa memerdekakan North Borneo? Kemudian Presiden yang dipilih itu perlu kembali kepada negaranya berhubung dengan pemansuhan kesultanan Sulu. 

'Catatan sejarah hanya catatan sejarah'. Dalam situasi dunia kini, perkara tersebut tidak diiktiraf lagi. Selepas sesebuah wilayah yang merdeka, kemudian diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), maka disitulah titik noktahnya. 

Kenyataan Duterte berkaitan Sabah, sebenarnya bukan isu lagi. Ianya telah muktamad pada tanggal 31 Ogos 1963.  Memang dalam Perlembagaan Filipina masih tertulis berkaitan Sabah namun ianya hanya 'sepihak' sahaja. 

Asas Sabah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Filipina hanya kerana kewujudan kesultanan Sulu. Selepas kesultanan itu dimansuhkan, ertinya semua catatan mengenainya dengan sendirinya akan termansuh.

Kenyataan Duterte berkaitan Sabah hanya mewujudkan kerenggangan antara Malaysia dan Filipina. Kenyataan itu tidak menguntungkan siapa-siapa. Bagi Malaysia, kenyataan itu boleh mendorong peningkatan kekuatan ketenteraan di Wilayah Sabah, khususnya di Pantai Timur Sabah. 

Rakyat Sabah di semua lapisan telah berjanji untuk mempertahankan Sabah melalui Malaysia. Malah, Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa beliau dan rakyat Sabah hanya setia pada 'Jalur Gemilang'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook