Latest News

Friday 10 June 2016

10 PERKARA DAKWAAN Jufazli Shi Ahmad

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 10 Perkara yang sangat mengejutkan mengenai negeri Sabah... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot) (screenshot)

INI dia 10 JAWAPAN Dakwaan Jufazli Shi Ahmad!

1. Datuk Seri Musa Aman ada wang 15 bilion dolar? Sejak bila anak muda asal Semporna ini yang hanya berlegar-legar di Bangi, Selangor menjadi ahli bank? Sejak bila mepunyai kepakaran dalam kewangan? Jika tiada rekod, maka dakwaan itu hanya mengarut. Sayang sungguh ilmu yang diperolehi daripada universiti jika hanya digunakan untuk mengarut. AFS yakin, perbuatannya ini bukan salah ibu bapanya. Akan tetapi, individu ini sudah membuat keputusan sendiri bahawa ilmu yang diterima adalah untuk kegunaan mencari dosa jauh sekali bercakap benar. AFS yakin, ibu bapanya menyesal mempunyai anak sebegini. Jangan lupa bulan yang mulia ini adalah bulan suci Islam yakni Ramadan.

2. Datuk Seri Musa Aman lepak di Sutera Harbour bersama-sama pencacai sehingga tidak turun padang? Dakwaan mengarut, atas sebab Datuk Seri Musa Aman bukan manusia yang suka lepak. Datuk Seri Musa Aman adalah seorang individu yang kuat bekerja dan tiada hari yang digunakan secara sia-sia melainkan bekerja untuk kepentingan rakyat dan negeri. 

3. Datuk Seri Musa Aman Pemegang Saham Syarikat GLC seperti Softwood SLDB? Dakwaan mengarut, tidak ada ahli politik menjadi pemegang saham sesebuah syarikat. Syarikat GLC, pemegang saham adalah kerajaan dan jika terdapat mana-mana pemimpin politik atau anggota kerajaan sebagai pemegang saham, ianya atas kapasiti jawatannya bagi mewakili kerajaan.

4. Datuk Seri Musa Aman pemegang konsesi balak? Ini benar-benar dakwaan bodoh. Sejak Sabah merdeka, tidak ada Ketua Menteri yang mempunyai konsesi 'Balak'. 

5. Sabah jatuh miskin kerana UMNO? Mungkin kelulusan yang diperolehinya melalui UKM, orang lain yang buat. Sebabnya, individu ini tidak tahu membaca dan tidak tahu data statistik. Kemiskinan Sabah sudah menurun dengan drastik dan kini di bawah 8 peratus. Berbanding sebelum UMNO menjadi tunjang kerajaan, di mana kemiskinan Sabah menghampiri 20 peratus.

6. Lebuh raya untuk Sabah? Sabah mendapat lebuh raya pada masa pemerintahan Datuk Seri Musa Aman. Berkaitan keretapi laju atau ERL (Express Rail Link) di negara ini, hanya Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja yang ada perkhidmatan itu. 

7. Sabah tidak membangun? Satu dakwaan yang datang daripada orang hutan. Benar-benar tidak menggambarkan ada latar belakang pendidikan. Mungkin lebih rendah lagi berbanding penduduk terbelakang kerana penduduk yang tinggal di kampung-kampung terpencil pun mengakui bahawa Sabah membangun dengan pesatnya sejak tahun 2003. Oleh sebab itu, Datuk Seri Musa Aman mendapat gelaran 'Bapa Pemodenan Sabah'.

8. Undi Tidak Rahsia? Menggambarkan individu ini tidak pernah mengundi sebabnya tidak tahu proses pengundian. Dakwaan bahawa undi tidak rahsia boleh diambil tindakan undang-undang oleh SPR kerana menghina suruhanjaya itu. 

9. Membakar rumah setinggan? Wow!! Satu lagi dakwaan bodoh! Kebakaran rumah-rumah setinggan adalah 100 peratus kerana kecuaian pemilik rumah selain elektrik pintas kerana pembinaan rumah yang rapat. 

10. Sabah tidak maju kerana 'Rasuah'? Sejak tahun 2003, Ketua Audit Negara memberi penghargaan kepada sistem kewangan negeri Sabah dengan memberi taraf lima bintang tanpa teguran. Ertinya, pengurusan negeri sangat baik dan menepati piawaian. Selain itu, pengurusan kewangan negeri mendapat penarafan 'triple AAA' daripada agensi kewangan antarabangsa seperti Standard & Poor's.

Kesimpulannya, dakwaan si Jufazli Shi Ahmad ini terhadap Datuk Seri Musa Aman dan kerajaan negeri hanya dakwaan semata-mata tanpa bukti dan ianya dilakukan hanya untuk menjadi popular di media sosial kerana terlalu berani membuat dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah. AFS merasakan sudah tiba masanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan kepada individu yang bernama Jufazli Shi Ahmad. Adalah diharapkan pihak PDRM dan SKMM mengambil tindakan sewajarnya kepada pemfitnah ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook