Latest News

Wednesday 22 June 2016

6 PERKARA, KARUT MENGARUT PUNYA CERITA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) semuanya dikawal oleh BN UMNO... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN Umno  (screenshot)

PAGE yang mendakwa membongkar penipuan ini sebenarnya hanya membawa cerita mengarut. Cerita mengarut ini hanya 'konsumsi' diri sendiri dan tidakpun mendapat  tempat di hati rakyat lain.

Page yang kerap memfitnah, provokasi dan juga sentimen ini kononnya membongkar penipuan-penipuan yang sebenarnya hanya menulis dan membuat dakwaan menipu diri sendiri. Hal ini kerana apa yang ditulis tiada fakta langsung dan tidakpun dialami atau ditemui oleh rakyat majoriti.

Dakwaan seumpama ini berjuta kalipun diwar-warkan atau diviralkan, sebenarnya hanya memenatkan pemilik facebook itu berikutan ianya langsung tidak mempunyai merit untuk mendapat kepercayaan daripada rakyat. 

AFS mengingatkan bahawa semakin kerap page ini memuat naik berbagai dakwaan, maka semakin terdedah yang page ini tidak membawa apa-apa mesej yang boleh rakyat terima melainkan pembaca semakin muak. Lihat sahaja, bagaimana reaksi pelayar internet sejak sekian lama page ini wujud tetapi hanya mendapat peminat terkumpul tidak sampaipun 8 ribu. 

Sedangkan jumlah penduduk Sabah adalah anggaran lebih tiga juta manakala pengundi lebih satu juta.  

AFS memberi respon sekali lagi agar pemilik page ini sedar bahawa tindakannya tidak membawa apa-apa impak kepada rakyat apatah lagi mempercayainya. Siapalah pemilik page ini sedangkan pemimpin pembangkang yang hebat-hebatpun termasuk Tun Dr. Mahathir berkempen semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mendapat sokongan. Bayangkan!

Apatah lagi page seumpama ini sudah tentu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat.

Permainan media seumpama yang dilakukan page ini sebenarnya tidak akan laku kerana rakyat tahu benar bahawa dunia nyata merupakan pilihan mereka.  Page seumpama ini hanya mempunyai kemampuan menggunakan maya sedangkan di lapangan langsung tiada. Kerajaan BN mempunyai 'stock' iaitu rakyat secara fizikal, bukannya stok berasaskan tulisan di alam maya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook