Latest News

Saturday 18 June 2016

AUTONOMI SABAH SUDAH ADA

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BUKAN MCM CM Musa AMAN UMNO SABAH... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) MUSA AMAN UMNO SABAH TERUS DIAM... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

SEMAKIN negara meningkat dewasa, maka semakan berkaitan hak-hak semakin kerap dibincang/dibangkitkan, sebabnya berkaitan dengan pendapatan ekonomi dan peluang untuk rakyat. Sebagai misalannya, urusan-urusan pentadbiran, jika pada awal kemerdekaan, masih ramai ketua-ketua kerajaan masih dipegang rakyat British. Kemudiannya daripada Semenanjung dan kini secara pelahan-lahan berpindah kepada rakyat jati Sabah. Juga, berkaitan dengan guru-guru, tahun 70 hingga 80-an, lebih 70 peratus guru-guru berasal daripada Semenanjung. Kini, sudah berubah malah target tahun depan, 90 peratus guru-guru di Sabah adalah rakyat Sabah.

Sebenarnya, perkara pokok atau dasarnya, Sabah sudah mempunyai autonomi sejak merdeka lagi. Sebabnya, urusan tanah, pentadbiran dan sebagainya semuanya di tangan penduduk Sabah. Hanya urusan jawatan-jawatan dalam pasukan keselamatan sahaja yang masih dipegang daripada rakyat Semenanjung atas sebab bentuk pentadbiran dalam pasukan itu. Lagipun, urusan keselamatan adalah tanggungjawab Persekutuan, ertinya sesiapa sahaja rakyat negara ini berpeluang menjadi pegawai atasan pasukan keselamatan berasaskan kedudukannya dalam pasukan itu.

Memang Ketua Menteri Sarawak ada membangkitkan soal hak kerajaan Sarawak berkaitan wilayah laut negeri Sabah dan Sarawak yang hanya mempunyai kuasa 2 batu nautikal. Sedangkan, Persekutuan mempunyai 12 batu nautikal.  Sebenarnya, semua negeri di Malaysia  yang ada pantai hanya mempunyai kuasa seperti Sabah dan Sarawak kerana kembali kepada tanggungjawab sebagai negara, perlulah sedikit tinggi kuasanya berbanding dengan negeri-negeri.

Pada masa pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963, Sabah dan Sarawak tidak membentuk negara kerana semasa British membebaskan dua negeri itu adalah tidak memerdekakan sepenuhnya sebaliknya hanya memberikan “Internal Self-Government” atau “berkerajaan sendiri”. Pakar-pakar undang-undang dan sejarahwan, tiada yang pernah merujuk bahawa semasa Sabah (North Borneo) dan Sarawak ikut serta membentuk Persekutuan Malaysia bahawa dua negeri itu merupakan “negara” yang merdeka.

Memang melalui 18 Perkara (Sarawak) dan 20 Perkara (Sabah), ada tertulis permintaan kedua-dua negeri itu. Namun, namanya juga permintaan ada yang diberikan dan ada yang tidak. Apa yang pasti, pada permulaan pembentukan negara, semua pemimpin pada masa itu melakukan pendekatan diplomasi dan tidak membantah apa yang telah tertulis melainkan menganggapnya sebagai sempurna. Oleh kerana perkembangan masa dan mereka yang terlibat semasa kemerdekaan, tidak ingin memahami situasi semasa negara baru merdeka sebaliknya membuat tafsiran masa kini. Inilah yang berlaku apabila ada pihak-pihak yang bercakap berkaitan autonomi.

Gerakan autonomi timbul hanya kerana kepentingan ekonomi dan kuasa dan bukan kepada kepentingan negara. Sebabnya, rasa cemburu telah timbul apabila kemajuan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, bagaikan langit dan bumi! Tampuk kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun tidak nampak bahawa kecemburuan bakal berlaku akibat ketimpangan agihan pembangunan atau peluang-peluang mendapat kekayaan bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Musa sebagai Ketua Menteri Sabah, secara terus-menerus mempergunakan peluang yang ada kerana sebagai pemimpin yang separti dengan Perdana Menteri adalah mudah merungkai sesuatu demi kepentingan rakyat Sabah. Sesuatu polisi tidak boleh berlaku sekelip mata melainkan memerlukan masa yang panjang. Apa-apapun, tindakan pemimpin Sabah menuju autonomi berada dalam landasan yang betul. Sebagai contoh, jika dahulu projek Persekutuan di Sabah dilaksanakan oleh kontraktor daripada Persekutuan daripada Semenanjung, kini sudah berpindah ke tangan kontraktor-kontraktor Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook