Latest News

Thursday 23 June 2016

CABARAN SALLEH TERHADAP TUN DR. MAHATHIR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TIME jadi SPEAKER DUN SABAH pun dia TIDAK BERANI BAHAS hak2 Rakyat Sabah... Oleh FB Milin Biok JR (screenshot)

JIKA Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak mencabar Tun Dr. Mahathir agar menyertai parti Pembangkang sebagai wadah berpolitik, pasti ada pemimpin BN lain yang akan mencabar mantan Perdana Menteri itu.  

Tun Dr. Mahathir pada masa ini sudah bertindak sebagai pembangkang kepada parti Barisan Nasional. Namun, masih berselindung pada badan bukan kerajaan (NGO). Sedangkan, mantan Perdana Menteri sudah dianggap sebagai 'defecto leader' parti pembangkang.

Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr. Mahathir, kerana kelibat mantan Perdana Menteri itu sejak lebih 18 bulan lalu menjadikan Perdana Menteri sebagai 'punching bag' bagi menjayakan hasrat beliau menjadikan anaknya Dato' Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada seseorang yang bakal dilantik selepas Dato' Seri Najib Razak dipaksa berundur.

Tindakan Tun Dr. Mahathir semasa berkempen pada dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mahukan agar calon BN dikalahkan, kononnya sebagai referendum penolakan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Razak yang mendasari cabaran Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut kepada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Sebenarnya, sangat tepat cabaran Datuk Seri Salleh Said Keruak tersebut. Oleh kerana umumnya rakyat negara ini berpendirian sedemikian. 

Gesaan beberapa pemimpin BN malah daripada parti PAS agar Tun Mahathir berehat sepenuhnya daripada dunia politik untuk mengembalikan penghormatan rakyat kepada beliau. Namun, mantan Perdana Menteri tersebut menyahut bahawa beliau tidak akan berhenti malah tindakan atau tindakan beliau semakin diperkuat dan diperkemaskan.

Berkaitan dengan 20 Perkara, mengapa Datuk Seri Salleh Said Keruak perlu mengeluarkan kenyataan secara umum? Sedangkan, jika ada kemusykilan berkaitan dengan Perkara itu, maka dengan mudah 'membisikkan' dengan Perdana Menteri. Sebagai bukti, tanggal 16 September telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan telah menjadi cuti umum. Nisbah guru-guru di Sabah juga 90 peratus rakyat Sabah dan banyak lagi. Ertinya, jika ada sesuatu yang belum terlaksana yang terdapat dalam 20 Perkara itu, diperbetulkan secara rundingan langsung dan tidak memerlukan sistem terpekik terlolong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook