Latest News

Thursday 16 June 2016

Cerita Zaman Kuda Gigit Besi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) INDAH KABAR DARI RUPA... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

INILAH satu masalah dalam internet. Cerita lama boleh diperbaharui dengan catatan (post) yang baru. Bayangkan Sabah berdepan dengan El-Nino, ertinya cuaca kering. Dalam keadaan cuaca kering, tidak ada jalan berlumpur seperti yang ditunjukkan. Gambar ini telah wujud di internet lima tahun lalu dengan catatan yang sama.

Apa yang perlu difahami, pembinaan jalan raya terbahagi kepada beberapa jenis jalan protokol. Ertinya, mempunyai kos penyelenggaran yang tetap, yakni jalan kampung. Dan jalan yang dibina secara one-off atau jalan perhubungan adalah jalan yang dibina melalui peruntukan kerajaan dan ianya diselenggara berasaskan keperluan jalan itu. Jalan laluan balak pula adalah jalan yang dibina oleh syarikat pembalakan. 

Jika dilihat melalui gambar ini dan melihat lebar dan bentuk jalan itu, ianya merupakan jalan balak. Jalan balak memang demikian kerana lori-lori yang melaluinya adalah berat-berat belaka. Jika diaspal, syarikat pembalakan itu pasti akan rugi besar disebabkan keperluan jalan ini hanya sementara kerana bergantung kepada lamanya pembalakan itu dijalankan.

Apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Sabah berkaitan jalan raya adalah jalan raya protokol yakni jalan raya yang menghubungkan di antara pekan dengan pekan serta jalan utama bagi kampung-kampung. Di Sabah kini, boleh dikatakan sebahagian besar kampung mempunyai akses jalan untuk sampai ke pekan utama. 

Kerajaan bukan bercakap berkaitan jalan balak atau jalan perhubungan yang tidak gazetkan sebagai jalan utama. 

Memang kerajaan turut juga membina jalan-jalan pertanian. Namun, pembinaan jalan-jalan itu ada yang bersifat gravel atau ada juga jalan-jalan yang diaspal. Ianya terletak kepada kadar keluaran pertanian di sesuatu kawasan. Contoh jalan pertanian yang beraspal adalah di kawasan Tempasuk, Kota Belud. Jalan-jalan diaspal kerana kawasan itu dibangunkan sebagai jelapang padi Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook