Latest News

Monday 13 June 2016

DAKWAAN BASI: 1974 TAHUN SABAH DI MUARA KEHANCURAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 1976 tahun sabah terdampar di muara kehancuran... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MEMBANGKTKAN isu-isu lama seperti ini tiada impak lagi kepada rakyat Sabah kerana isu-isu yang dibangkitkan sudah basi dan lapuk. Hanya mereka seperti Tulun Sabah sahaja yang masih mengigau menggunakan isu-isu basi dan lapuk ini.

Rakyat Sabah sudah melangkah ke zaman milenium dan bukan lagi di zaman yang diceritakan itu. Pada masa ini, rakyat Sabah melangkah ke hadapan untuk mencapai taraf negara maju selepas tahun 2020 dan bukannya mengingatkan masa-masa lampau yang tidak memberikan sebarang manfaat.

Isu tahun 1976 sudah menjadi catatan sejarah. Mengulanginya, sebenarnya Sabah undur ke belakang.  Bagi rakyat yang mahu mengejar kemajuan, tidak ingin lagi mengingati tahun-tahun lampau kerana masa lampau hanya tinggal kenangan. 

Bagi pemilik akaun facebook Tulun Sabah, rupanya dia masih lagi bermimpi sehingga tidak tahu keadaan sekeliling apa yang berlaku kepada Sabah yang pesat membangun.

Tulun Sabah perlu bangun daripada bermimpi, jalan-jalanlah untuk melihat apa yang berlaku di Sabah. Baca-bacalah supaya tahu perkembangan Sabah dari segi pembangunan, keupayaan kewangan dan sebagainya. Kepada Tulun Sabah, kini Sabah sudah mempunyai simpanan tetap kewangan lebih RM3 billion, bajet tahun negeri sentiasa di atas RM3 billion. Bandaraya Kota Kinabalu sudah ada jalan bertingkat. Kota Kinabalu sudah menjadi Bandaraya! 

Kini, Sabah telah ada universiti, mempunyai banyak hospital diiktiraf antarabangsa, mempunyai hotel-hotel mewah malah Lebuhraya Pan Borneo sudah bermula.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook