Latest News

Thursday 9 June 2016

DAKWAAN PEMBALAKAN DI BALUNG: JUFAZLI SHI AHMAD Individu Macam Tunggul

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ini kayu balak kamu dan kroni atau ini kayu balak rakyat Sabah... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot) (screenshot)

APABILA individu seperti Jufazli Shi Ahmad ini menjadi manusia seperti tunggul. Ertinya, seorang individu yang tidak berakal dan hanya tahu bercakap sesuatu yang mengarut. Memang pun!

Dakwaan yang kononnya ada pembalakan di sebuah kampung di Balung, Tawau dan melalui dakwaan manusia tunggul itu, semua penduduk takut kerana ada tauke membawa surat yang kononnya ada tandatangan Datuk Seri Musa Aman. Bayangkan kenyataan itu seolah-olah Datuk Seri Musa Aman adalah lebih hebat daripada Tuhan kerana tandatangan dan namanya sahaja semua penduduk akan gentar dan takut. 

Kenyataan Jufazli Shi Ahmad itu menunjukkan bahawa dia berkata "sesuatu yang tidak masuk akal seorang manusia dan hanya tunggul-tunggul kayu sahaja yang percaya, kerana apa? Kerana tunggul-tunggul juga tidak berakal".

Setahu AFS, di Sabah tiada lagi lesen pembalakan yang baru di mana lesen yang berkuatkuasa adalah lesen di bawah kuasa Yayasan Sabah dan pembalakan yang dijalankan adalah kawasan Yayasan tersebut. Ertinya, tidak timbul lagi soal kelulusan pembalakan kerana kerajaan negeri tidak memberikan lagi kelulusan pembalakan.

Pembalakan di kawasan Yayasan Sabah sebenarnya jika dilakukan, biasanya melalui pembalakan yang selektif kerana untuk menjaga kelestarian kawasan. Selain itu, pembalakan melalui konsesi Yayasan Sabah biasanya melihat impak-impak kelestarian alam sekitar. Yayasan Sabah mengamalkan pembalakan selektif agar sumber kayu-kayan di kawasan konsesi sentiasa terperlihara dan sumber pendapatan bagi yayasan tersebut berterusan. 

'Yayasan Sabah perlu mengekalkan sumber pendapatan bagi memenuhi 'obligasi' sosial dan kepada rakyat Sabah'.

Kawasan Balung khasnya dan Tawau secara amnya, kebanyakan hutan di kawasan itu adalah konsesi Yayasan Sabah. Ertinya, jika terdapat perkampungan berdekatan dengan konsesi itu adalah kemungkinan besar perkampungan itu adalah perkampungan yang tidak digazet sebagai perkampungan melainkan 'perkampugan sementara'. 

Dakwaan Jufazli Shi Ahmad hanya dakwaan individu yang tidak tahu apa-apa berkaitan dengan keadaan kawasan. Ini kerana tujuannya hanya mahu mencari “nama” atas dasar berani mengecam Datuk Seri Musa Aman. Dakwaan budak mentah itu hanya dakwaan kosong kerana rata-rata rakyat di kawasan itu mengetahui dan maklum bahawa jika ada pembalakan, maka pembalakan itu dijalankan oleh Yayasan Sabah. Ini bermakna tidak timbul surat Datuk Seri Musa Aman kepada 'Tauke Kayu Balak'. 

Kalau ada surat seperti itu, maka surat tersebut adalah surat palsu kerana pembalakan kayu balak adalah kawasan Yayasan Sabah tidak memerlukan surat kelulusan Datuk Seri Musa Aman berikutan Yayasan Sabah sudah mempunyai jadual tertentu bagi kawasan-kawasan yang dibalak secara selektif.

Wahai Jufazli, sekarang di mana anda hendak simpan muka anda?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook