Latest News

Wednesday 29 June 2016

DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Para Penoreh Getah , Pekerja Kelapa Sawit dan para peladang-peladang lainnya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERPINDAHAN Dato' Abdul Rahman Dahlan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengawal selia Bahagian Perancangan Ekonomi (Economy Planning Unit) sebenarnya satu tanggungjawab yang mencabar. Ini kerana melalui bahagian tersebut, tugas ekonomi negara dirancang dan diacu. Melalui bahagian itu, peruntukan-peruntukan untuk pembangunan dan perbelanjaan disusun atur selain bagaimana kerajaan mendapat sumber kewangan. Di bahagian itu juga akan disusun bagaimana sektor-sektor industri dalam negara termasuk peladangan dikemaskini dan bagaimana kestabilan harga-harga komiditi negara termasuk harga getah dapat dijaga.

Mungkin atas kapasiti Dato' Abdul Rahman Dahlan yang mengatur gerak kerja ekonomi negara, maka Doris Jones menghasut penoreh getah atau pemilik ladang getah menuding jari kepada beliau jika harga getah turun. Juga, Doris mahukan agar buruh asing yang bekerja di ladang-ladang tidak dibenarkan dan kalau dibenarkan pula, maka menganggap Dato' Abdul Rahman Dahlan tidak mampu mengemukakan polisi yang menghadkan buruh asing.

Dato' Abdul Rahman Dahlan BUKAN SUPERMAN, beliau hanya menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara kelak. Kejayaan satu polisi atau program sangat terletak kepada semua pihak baik kerajaan, swasta mahupun rakyat. Kejayaan sesuatu polisi atau program hanya boleh terlaksana dengan baik jika adanya kestabilan politik dan keamanan dengan kata lain tiadanya pengacau seperti Doris dan konco-konconya. Doris dan konco-konconya walaupun seperti melukut di tepi gantang, tidak ada impak kepada rakyat secara umum. Akan tetapi, tindakan mereka mempergunakan media internet dan menyebabkan lapangan itu penuh dengan maklumat tipu helah dan bohong sehingga akhirnya menafikan pengguna internet berkaitan dengan maklumat betul. Atas faktor itu, AFS mengambil inisiatif memperbetulkan dakwaan-dakwaan Doris dan konco-konconya melalui kaedah 'aksi-reaksi' agar pelayar internet mendapat gambaran sebenar akan mengenai tipu helah dan fitnah yang dijalankan oleh Doris dan konco-konconya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook