Latest News

Monday 20 June 2016

DORIS JONES KANTOI!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAYA LINDUNGI SEBAHAGIAN BESAR NAMA-NAMA PEMILIK TANAH YANG DIAMBIL... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

JABATAN Tanah dan Ukur Sabah, bagi pihak kerajaan tidak pernah menjadikan nama-nama pemilik tanah di mana tanah mereka diambil semula oleh kerajaan untuk melicinkan pembangunan demi kepentingan rakyat umum sebagai 'rahsia'. Setiap pengambilan tanah, nama-nama pemilik tanah berserta nombor geran dipamerkan di pejabat-pejabat daerah di mana tanah tersebut berlokasi. Dokumen yang dipetik oleh Doris Jones adalah dokumen warta kerajaan, di mana ianya bukan rahsia kerana boleh dimiliki oleh masyarakat umum.

Tujuan Doris Jones melindungi nama-nama pemilik tanah yang diambil alih kerajaan adalah kononnya untuk menunjukkan kepada penajanya bahawa ada rakyat Sabah dijadikan mangsa agar penaja masih boleh meneruskan bayaran elaunnya kerana Doris berjaya membongkar rahsia kerajaan.

Sifat Doris Jones melalui kewujudan propagandanya secara online menggunakan jenama SSKM adalah bertujuan mengumpul dana daripada beberapa pihak bagi meneruskan kehidupannya di London. Sebenarnya, bertindak sedemikian rupa merekayasa berbagai dokumen sejarah atau dokumen-dokumen selepas itu adalah semata-mata untuk melakukan pembohongan dan fitnah. Bagi Doris Jones, sebesar lubang jarumpun maklumat yang diketahui akan diperbesar-besarkan. Mengapa pula secara tiba-tiba berkaitan dengan senarai pengambilan tanah oleh kerajaan yang kononnya melindungi nama-nama pemilik tanah? Di sinilah pelarian itu terkantoi kerana bukan cara kerajaan merahsiakan nama-nama atau geran-geran tanah yang diambil alih malah ianya merupakan tatapan umum.

Dalam undang-undang tanah negeri Sabah, kerajaan negeri mempunyai hak mutlak untuk mengambil alih tanah yang diberikan kepada rakyat jika didapati bahawa keperluan tanah itu penting untuk kemudahan rakyat ramai (umum). Hak individu kepada sebarang tanah akan terlucut jika ianya dipandang bahawa tanah tersebut diperlukan untuk pembangunan bagi kepentingan rakyat ramai dan negeri. Di mana-manapun di dunia ini, kerajaan mempunyai hak ke atas yang diberikan kepada individu. Jika di negara China, kerajaan negara itu mengambil tanah yang diberikan kepada rakyat dengan percuma. Malah, jika ada yang membantah dianggap sebagai melanggar undang-undang negara. Sebaliknya, di Sabah atau Malaysia, kerajaan memberikan bayaran ganti rugi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook