Latest News

Thursday 2 June 2016

DORIS JONES, "Menteri Cakap Lain, Dia Cakap Lain"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini barulah dasar warisan Pendatang Tanpa Izin... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Suara Borneo... Oleh FB Page Sabah Sarawak Future (screenshot)

SYARIKAT berasaskan buruh merupakan syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja dalam sektor 'kotor, bahaya dan susah'. Bidang kerja ini bukan sahaja kurang mendapat sambutan tenaga kerja negara, malah dijadikan pilihan terakhir. Agar syarikat-syarikat itu dapat meneruskan perniagaan mereka, maka terpaksa mengimport pekerja asing khususnya daripada Indonesia, Filipina, Bangladesh atau Vietnam untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.

Kemasukan pekerja buruh itu semata-mata memenuhi keperluan tenaga kerja buruh dalam negara khususnya dalam bidang-bidang yang disebutkan seperti buruh bangunan, buruh pembuatan jalan raya dan sebagainya. Kemasukan para buruh itu sebenarnya membantu para syarikat tersebut memenuhi obligasi kontrak mereka dan pada masa yang sama membantu pembangunan negara.

Seharusnya, Doris Jones memberitahu para penyokongnya mengambil peluang pada kerja-kerja yang ada agar matlamatnya supaya wang negara tidak mengalir keluar.

Di mana-mana di dunia apabila sesebuah negara tidak mempunyai tenaga kerja untuk pembangunan, maka negara tersebut terpaksa berharap pada tenga luar. Sebagai contoh, United Arab Emirates (UAE) lebih separuh daripada penduduknya adalah orang asing. Ini kerana kehadiran orang asing itu membantu aktiviti negara Arab tersebut.

Malaysia sangat memerlukan tenaga kerja buruh daripada luar atas sebab negara masih memerlukan pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan-kawasan baru.

Tiada negara yang tidak mengutamakan rakyatnya dalam pengisian kerja-kerja kosong. Namun, kerja-kerja kosong yang ada tidak diminati. Malah, dianggap sebagai kerja-kerja  dalam kategori 'pariah'.

Jika Doris Jones tidak tahu latar belakang atau penyebab berkaitan kemasukan tenaga kerja asing dalam negara ini, lebih baik berdiam diri. Hal ini kerana ulasan atau dakwaan pelarian itu hanya dilihat sebagai mengarut dan merapuh!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook