Latest News

Wednesday 8 June 2016

DUSUN AUSIE, Benar-Benar Otak 'ANTI SOSIAL'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Adat dan budaya sabahan berasal dari Sabah... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

PEMILIK akaun facebook yang menggunakan nama samaran Dusun Ausie benar-benar mempunyai otak anti sosial. Inilah dia Otak Anti Sosial. Kalaulah benar pemilik akaun facebook itu daripada etnik Dusun, maka apa yang ada difikirannya mahukan etnik Dusun itu tidak dikenali oleh berbagai suku bangsa yang di Malaysia atau antarabangsa. 
  
Pesta Menuai (Tadau Kaamatan) yang disambut di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang adalah satu cara memperkenalkan etnik KDM kepada masyarakat Malaysia yang lain selain masyarakat antarabangsa. Bagaimana pelancong tahu berkaitan kebudayaan KDM jika hanya diperukkan di hutan? Seperti mana tersirat daripada kenyataan pemilik facebook itu.

Masyarakat antarabangsa seperti orang-orang Amerika, Eropah dan sebagainya menjelajah dunia semata-mata untuk memberitahu dunia kehadiran mereka. Berlainan dengan Dusun Ausie mahukan etnik Dusun tinggal di hutan atau gua selama-lamanya. Bagi Dusun Ausie, sesiapa daripada etnik KDM mempromosikan atau memperkenalkan etnik itu kepada masyarakat lain dianggap ketinggalan zaman dan jika mereka itu pemimpin politik, maka perlu ditolak.  Nampaknya, perasaaaan dan aaaaanggapan itu hanya pada Dusun Ausie tetapi tidak kepada 99.99 peratus kepada golongan etnik tersebut.

Pemilik facebook itu nampaknya seorang yang anti sosial dan hanya hidup dalam ruang lingkupnya sendiri dan tidak mahu bermasyarakat. Lebih menyedihkan lagi, dia mahu yang lain-lain akan ikut serta bersamanya. Jika benarlah pemilik facebook itu daripada etnik Dusun, maka adalah sungguh memalukan kepada etnik tersebut.

Pesta Kaamatan yang disambut setiap tanggal 1 hingga kemuncak 31 Mei setiap tahun merupakan perayaan kaum KDM yang terdapat di Sabah. Oleh kerana perayaan itu sudah menjadi acara rasmi di Malaysia, maka sambutannya diraihkan secara bersama dan komersil. Bukan sahaja di Sabah, akan tetapi juga di merata tempat di negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook