Latest News

Friday 24 June 2016

ESSCom Sememangnya Cerita Basi Yang Dikitar Semula

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) esscom ..mahal tapi tak berkualiti. betul?... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii)  esscom...APA sebenarnya fungsi esscom... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

ESSCOM yang ditubuhkan ekoran serangan pengganas Sulu pada sebuah kampung (Kampung Tanduo) di Lahad Datu pada tahun 2013 yang lalu. Ianya memang merupakan satu pasukan yang sangat baru. Sebagai pasukan yang baru, sudah tentu banyak kelemahan dan kekurangannya. Hal ini peru diingatkan dan kepada yang selalu membangkang di media sosial, jangan terlalu menyalahkan pasukan keselamatan ini 100 peratus sedangkan apa pemimpin pembangkang anda buat sewaktu keadaan cemas diperlukan dan jangan hanya tahu membebel sahaja!

Kini, ESSCOM semakin mantap apabila aset-aset yang diperlukan sudah tersedia termasuklah pos-pos keselamatan telahpun dibina. Pada awal penubuhannya, ianya memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan berkaitan penyediaan infrastruktur dan kelengkapan berkaitan seperti 'pos-pos penjagaan'. Setelah semua itu selesai, maka ESSCOM diambil alih oleh mereka yang berlatar ketenteraan kerana operasi sudah menjurus kepada ketenteraan. Sila baca betul-betul perenggan ini!

Bagi memperkuatkan dan agar operasi ESSCOM berkesan dan mantap, sehingga kini perintah berkurung dikuatkuasakan di Pantai Timur Sabah. Perintah berkurung diperlukan agar pihak berkuasa dalam ESSCOM bebas bertindak menggunakan peraturan ketenteraan. Jika dalam masa perintah berkurung adanya berlaku tembak-menembak dan ada yang terkorban, maka keluarga atau waris yang terkorban tidak boleh menggunakan mahkamah untuk menyaman kepada sesiapa.

Operasi ketenteraan memang operasi yang mahal kerana terpaksa menggunakan aset ketenteraan. Operasi yang menggunakan kapal laut dan pesawat memerlukan kos yang tinggi, selain minyak dan juga kos penyelenggaran. Namun, pihak kerajaan tiada pilihan dan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit demi keselamatan perairan negara dan rakyat amnya kepada penduduk negeri Sabah.

Antara keberkesanan ESSCOM, penculik seperti Abu Sayyaf dan seumpamanya kini tidak dapat menculik lagi di perairan Sabah melainkan hanya di kawasan perairan Filipina. Beberapa penculikan baru-baru ini termasuk rakyat Malaysia yang berasal Sarawak sebenarnya penculikan itu dilakukan di perairan Filipina dan juga yang terbaru terhadap rakyat Indonesia juga berlaku di perairan Filipina.

ESSCOM walaupun berkos tinggi namun yang penting ialah keselamatan perairan negara dan rakyat adalah selamat dan terjamin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook