Latest News

Tuesday 14 June 2016

FORMULA BN?: Kad Pengenalan Palsu Atau Milik Orang Lain

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hanya BN ada formula keharmonian dan keamanan; kata Dahlan... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

APA sahaja sistem yang ada jika ada manusia yang menyalahgunakannya, maka sistem itu akan rosak binasa. Sebagai contoh, kad pengenalan palsu yang dibuat oleh sindiket pemalsuan kad pengenalan merupakan bisnes canggih yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan kewangan. Oleh kerana bermotifkan kewangan dan habuan yang sungguh menggiurkan, maka tidak dinafikan ada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat. Jika ada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat, ianya bukan polisi akan tetapi penyalahgunaan kuasa oleh mereka-mereka yang terlibat itu hanya semata-mata untuk mendapatkan 'wang lebih'. 

'Jangan kaitkan perbuatan-perbuatan sesetengah individu dengan polisi kerana tiada polisi atau peraturan yang membenarkannya'. 

Parti UMNO dan BN adalah parti besar, tidak akan tergamak untuk memalitkan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Sejak sekian lama, kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN sedang bergelut membanteras kad pengenalan palsu. Atas sebab itu, operasi terus dijalankan bagi memburu dan menangkap mereka yang melanggar undang-undang negara ini.

Kerana bermatlamatkan kewangan, ianya bukan sahaja sistem Jabatan Pendaftaran Negara diceroboh. Malah MyIMMs juga diceroboh. Mereka yang menceroboh adalah sememangnya bertujuan 'motif kewangan'.

Memang diakui bahawa sindiket pemalsuan kad pengenalan sukar untuk dihapuskan berikutan selagi ada permintaan, maka ianya akan berterusan. Sindiket  pemalsuan kad pengenalan ini mempunyai jaringan yang luas sehingga pihak berkuasa sukar membanterasnya kerana pastinya ada individu yang menjadi petualang. Kad Pengenalan palsu hanya kad yang tidak berfungsi sebagai alat transaksi yakni tidak boleh membuka akaun bank dan tidak boleh mendaftar sebagai pengundi. Jika berlaku ada orang lain menggunakan kad orang lain dan berjaya membuka akaun bank, memohon kad kredit atau pinjaman, maka ianya salah satu kepakaran sindiket. Mengaburi pegawai bank hanya kerana habuan kewangan dengan tidak meneliti kesahihan butiran kad pengenalan yang diproses.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook