Latest News

Tuesday 14 June 2016

ISU INFRASTRUKTUR SMK Kemburongoh, Ranau

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) #MasidiManjun... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PEMBINAAN sekolah ini adalah sebahagian daripada pembinaan sekolah-sekolah di Sabah yang terbengkalai akibat kontraktor yang tidak cekap. Untuk pengetahuan umum, kontraktor bukan dilantik oleh kerajaan Sabah. Atas sebab itu, menteri atau ADUN di kawasan tersebut sebenarnya tidak tahu-menahu berkaitan pelantikan kontraktor. Wakil rakyat hanya meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar membina sekolah kerana keperluan pelajar di kawasan sekitar. 

Apabila diluluskan pembinaan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia yang melantik kontraktor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah. Sebenarnya, tugas wakil rakyat hanya meminta atau memohon membina sekolah dan tidak sama sekali terlibat dengan anugerah kontrak. Oleh kerana pembinaan sekolah ini terbengkalai, maka kesalahan sepenuhnya di tangan kontraktor. Kontraktor ini boleh disenaraihitamkan dan tidak boleh lagi mendapat kontrak daripada kerajaan.

Pembinaan Sekolah SMK Kemburongoh bagaikan jatuh ditimpa tangga dan sudah terbengkalai. Kini, didapati struktur bangunan tidak sesuai kerana didapati selepas gempa bumi Ranau pada Jun 2015 yang lalu ternyata struktur bangunan itu tidak selamat. Ini bermakna selepas bencana gempa bumi melanda maka spesifikasi bangunan perlu dirangka semula oleh jurutera Jabatan Kerja Raya. 

Sebenarnya, terbengkalainya pembinaan sekolah itu ada kebaikannya juga dari segi keselamatan. Bayangkan jika sekolah itu sempat menerima murid atau pelajar, maka pelajar-pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran kerana bangunan tersebut tidak selamat untuk digunakan.

Jangan salahkan wakil rakyat kerana anda perlu tahu tugas wakil rakyat hanya memohon pembinaan sekolah. Tidak terlibat dengan aspek-aspek kejuruteraan atau kontraktor yang tidak kompeten, kerana yang memilih kontraktor adalah Kementerian Pelajaran Malaysia melalui JKR Sabah. Bagi wakil rakyat yang penting sekolah dibina dan siap, jika berlaku terbengkalai maka wakil rakyat terpaksa menulis surat kepada KPM untuk meminta penjelasan mengapa terbengakalai dan apa tindakan selanjutnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook