Latest News

Monday 6 June 2016

ISU JALAN KAMPUNG ULU MEMBAKUT

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah pesat membangun ditahun 2016... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Sabah setanding Malaya bilang tu pak mentri... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

JALAN kampung tersebut sedang dinaik taraf! Kalau pemilik facebook tersebut ada masa, pergilah melawat tempat itu sekarang. Di kawasan itu sekarang ini, terdapat banyak jentera untuk tujuan proses penyelenggaraan naik taraf. Oleh kerana musim hujan, maka keadaan jalan menjadi becak dan berlumpur. 

Yakinlah, selepas menaik taraf jalan itu siap dan diaspal, maka jalan itu tidak akan becak lagi. 

ADUN yang bertanggungjawab terhadap kawasan itu adalah YB Datuk Ariffin Arif di mana beliau telah menerima maklum berkaitan dengan projek menaik taraf jalan tersebut.  Adalah biasa jika sesebuah jalan sedang dinaik taraf memanglah demikian rupa. Tidak mungkin sesebuah jalan terus beraspal tanpa melalui keadaan sedemikian. Nampaknya, pemilik facebook itu hanya tahu membuat dakwaan sedangkan dia sendiripun tidak tahu keadaan sebenar.

Kontraktor yang menaik taraf jalan tersebut sedang bekerja keras untuk menyiapkan jalan tersebut. Namun, disebabkan halangan cuaca maka menjadikan kerja-kerja menaik taraf terbantut sedikit. Wakil rakyat kawasan itu memang maklum dan simpati dengan penduduk yang menggunakan jalan tersebut. Tetapi, kesabaran perlulah ada sehingga kerja-kerja menaik taraf siap sepenuhnya. 

Bagi mereka yang tidak faham berkaitan kerja-kerja menaik taraf, memang membuat dakwaan yang tidak serupa bikin dan terus menyalahkan pihak kerajaan. Sedangkan, kerajaan sudah memberi peruntukan dan pelaksanapun sedang membuat kerja-kerja demi keselesaan penduduk kampung berkenaan. 

Bersabarlah dan berdoa agar cuaca tidak menjadi halangan kepada penyiapan kerja naik taraf tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook