Latest News

Saturday 18 June 2016

ISU RM12 JUTA Daripada Keluarga Mangsa Culik Rakyat Sarawak

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perlu juga Ketua Menteri Sabah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

PENCULIKAN di perairan Pantai Timur Sabah, umum mengetahui sebagai urusan bisnes yang menguntungkan. Apabila berkaitan urusan bisnes, maka cara penyelesaiannya secara bisnes. Pasukan keselamatan yang terlibat dengan pembebasan hanya berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan Filipina. Biasanya urusan kerajaan dengan kerajaan (G to G) tidak melibatkan kewangan. 

Penculikan di Pantai Timur Sabah memang satu bisnes yang mempunyai berbagai jaringan. Dalam jaringan itu berbagai rantai perniagaan atau agen-agen. Pihak PDRM hanya mengutarakan kepada kerajaan Filipina, bagaimana membebaskan rakyat Malaysia yang diculik. Kita tidak mengetahui, tindakan di pihak Filipina bagaimana negara itu mengurus pembebasan penculik

Dalam urusan menyelamatkan nyawa, sudah tentu dilakukan berbagai cara termasuk berhubung dengan pihak-pihak tertentu dan selanjutnya pihak-pihak tertentu berhubung dengan pihak penculik juga dengan melalui rangkaian yang mereka ada. 

Umum mengetahui bahawa penculik Abu Sayaf sanggup membunuh mangsa yang diculik jika mereka tidak dapat wang tebusan. Sesiapapun tahu termasuk PDRM bahawa tanpa wang tebusan, maka pembebasan penculik tidak akan berlaku.

Dalam urusan rumit begini, ada sahaja pihak-pihak yang mengambil kesempatan kerana pihak tertentu itu tahu benar bahawa jika mereka berjaya membebaskan mangsa, maka habuan yang lumayan bakal diperolehi. Dalam soal pembebasan 4 rakyat Sarawak, penculik atau pihak-pihak ketiga maklum bahawa jutaan ringgit berjaya dikumpul melalui keluarga mangsa. Atas sebab itu, sungguh menggiurkan untuk ikut sama dalam perundingan agar supaya mendapat sebahagian daripada wang tersebut.

Mungkin benar, pihak kerajaan yang diwakili PDRM tidak terlibat dengan pembayaran wang tebusan. Namun, agen-agen yang terlibat dengan urusan pembebasan itu bertungkus lumus berdepan dengan penculik dan berunding dengan mereka.  Bagi PDRM, yang penting mangsa dibebaskan dan urusan lain sebaliknya pasukan itu tidak ingin tahu. Seperti kata Ketua Polis Negara, hanya keluarga mangsa culik itu tahu dengan siapa mereka berurusan, Malah, KPN meminta keluarga mangsa membuat laporan polis berkaitan dengan agen yang dikatakan “pasukan khas” PDRM. Keluarga mangsa yang hanya mengetahui dengan siapa mereka berurusan kerana melalui melalui kenyataan KPN, PDRM tidak berurusan dengan keluarga mangsa berkaitan dengan wang tebusan.

Memang benar, Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sabah tetapi apabila berkiatan dengan negara luar, maka tugas itu beralih sepenuhnya kepada pihak Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya diwakili Ketua Polis Negara.

AFS yakin, Datuk Seri Musa Aman juga tidak terlibat berunding dengan keluarga mangsa berkaitan wang tebusan kerana seperti mana kenyataan keluarga mangsa, mereka berurusan dengan “pasukan khas” dan menyerahkan RM12 juta wang berbentuk cek Bank Hong Leong di Sandakan sebelum pembebasan 4 mangsa. Apa yang kurang jelas, apakah cek itu ditunaikan oleh keluarga mangsa atau pihak “pasukan khas” tersebut? Jika wang itu ditunaikan oleh “pasukan khas” itu, maka nama mereka boleh disemak melalui bank. Namun, jika cek itu ditunaikan oleh keluarga mangsa, kemudiannya wang tunai diserahkan kepada “pasukan khas”, maka lupakan sahaja urusan itu kerana sudah pasti anda tidak akan dapat mengenal pasti siapakah “pasukan khas” itu.

Wang RM12 juta memang untuk membebaskan 4 mangsa, mengapa perlu dipertikaikan? Ibarat membeli sebungkus nasi lemak yang penting dapat nasi lemak dan apakah si penjual membakar wang jual nasi lemak? Bukanlah urusan si pembeli nasi lemak lagi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook