Latest News

Saturday 25 June 2016

JAWAPAN SEBENAR ISU Bank UBS Dan Dakwaan Musa Aman Sila Baca!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mahkamah Switzerland arah bank dedah dokumen berkait Musa Aman... Oleh Website Free Malaysia Today (screenshot)

JAWAPAN bagi sebuah artikel Free Malaysia Today bertarikh 24hb Jun 2016 yang bertajuk, "Mahkamah Switzerland arah bank dedah dokumen berkait Musa Aman"

Sebenarnya, yang bermasalah dengan Mahkamah Persekutuan Swiss (Federal Supreme Court of Switzerland) adalah bank UBS, bukannya Datuk Seri Musa Aman. Selama ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Musa adalah pelanggan bank UBS seperti mana dakwaan Burno Manser Fonds (BMF) yang digerakkan oleh rakyat Swiss Burno Manser yang suatu masa bersembunyi di hutan Sarawak bagi menjalankan anti pembalakan.

BMF mendakwa, bahawa Musa merupakan pelanggan UBS namun dakwaan itu dinafikan sendiri oleh bank berkenaan. 

BMF mendakwa sebanyak 90 juta dolar Amerika hasil pembalakan Sabah telah didepositkan melalui rangkaian bank UBS di Singapura dan Hong Kong, kononnya atas nama Datuk Musa Aman.

Sejak tahun 2012, BMF cuba mengheret Musa berkaitan dengan wang hasil balak Sabah. Oleh kerana gagal mengaitkan Ketua Menteri Sabah itu, BMF pula cuba mendakwa Bank UBS ada menjalankan aktiviti pengubahan wang haram. Pihak peguam negara Switzerland memang ada memohon kepada bank UBS untuk mengemukakan dokumen yang didakwa ada kaitan dengan Musa pada tahun 2015. Namun, bank berkenaan tidak bersetuju atas sebab bank tersebut juga merupakan pihak yang didakwa. 

Semalam, pihak BMF berjaya membuat permohonan melalui Mahkamah Persekutuan Swiss agar pihak bank UBS mengemukakan dokumen seperti mana yang didakwa. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan, apakah kandungan dokumen tersebut? 

BMF dalam komen balasnya berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Swiss tersebut, berharap bank berkenaan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram.  Menilai komen BMF berkaitan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Swiss tersebut, nampaknya keterkaitan Musa terlalu kecil atau tidak ada sama sekali!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook