Latest News

Friday 24 June 2016

JPN BUKAN PENGKHIANAT: Itu Sebahagian Kad Pengenalan Palsu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) setujukah anda JPN jbtn pendaftaran... Oleh Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

SANGAT jelas bahawa catatan pada salinan kad pengenalan itu tidak dapat dibaca maklumatnya. Ertinya, “cip” pada kad pengenalan itu adalah kosong. Oleh kerana kosong, maka dengan sendirinya kad pengenalan itu tidak terdapat pada sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika sesuatu kad pengenalan di mana nombor pada kad pengenalan itu tidak terdapat dalam sistem JPN, ertinya nombor kad pengenalan itu adalah palsu. Bagaimana pula menuduh bahawa JPN sebagai dalang kepada pengeluaran kad pengenalan itu? Jika nombor pada kad pengenalan itu bukan nombor yang dikeluarkan oleh JPN?

Tapi al-maklumlah sahaja page-page pembangkang akan senantiasa tegar menyalahkan kerajaan atau mana-mana jabatan yang mempunyai isu seperti ini. Alahai!

Melalui RCI (PATI) Sabah, sudah dijelaskan bahawa kad-kad pengenalan palsu yang beredar bukan sahaja di Sabah malahan di serata tempat di negara ini yang merupakan hasil kerja sindiket pemalsuan kad pengenalan bermotifkan kewangan. Pihak berkuatkuasa hanya akan dapat mengetahui tentang adanya kad pengenalan palsu itu jika pembawa atau pemilik tertangkap atau terjaring dalam operasi. Atas sebab mereka tidak menggunakan kad pengenalan itu untuk urus niaga, misalnya membuka akaun bank dan sebagainya, mereka yang membeli kad pengenalan palsu ini hanya untuk kegunaan pengenalan diri sahaja dan untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai runcit atau kilang-kilang kecil yang tidak dilengkapi oleh alat pengesan kad pengenalan JPN.

Sejak akhir-akhirnya ini, tindakan pihak berkuatkuasa yang kerap menjalankan operasi mengesan kad-kad pengenalan palsu, maka ramailah pembawa atau pemilik kad pengenalan ini tertangkap! 

Untuk pengetahuan pemilik akaun facebook tersebut, jika kad pengenalan kepada warga asing didalangi JPN, sudah tentu akan didapati bahawa semua kad pengenalan itu terdapat dalam sistem JPN kerana jabatan itulah yang memproses dan mengeluarkan nombor. Namun, hakikatnya bukan kerana JPN yang mendalangi pengeluaran kad pengenalan palsu ini, maka dengan sendirinya menjawab bahawa sebarang nombor kad pengenalan yang dikeluarkan sindiket pasti didapati palsu. 

Di negara ini, bukan sahaja kad pengenalan dipalsukan akan tetapi juga pasport turut dipalsukan. Malahan, wang kertas Ringgit Malaysiapun dipalsukan. Bagi sindiket, apa sahaja yang boleh mendapatkan keuntungan dengan cara menipu, akan terus dilakukan. Mungkin pemilik facebook ini sebahagian daripada sindiket pemalsuan kerana biasanya mereka ini akan menyalahkan pihak lain jika operasi mereka terbongkar. Mereka bermain psikologi agar rakyat menyalahkan JPN disebabkan perbuatan mereka terbongkar. Anda sungguh memalukan!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook