Latest News

Wednesday 15 June 2016

KAD PENGENALAN KLON

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak sah kalau bukan umno-bn sialan... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, kad pengenalan klon atau palsu adalah angkara pegawai yang tidak amanah kerana tergiur dengan kewangan. Selain itu, kegiatan sindiket pemalsuan kad pengenalan sebenarnya berlaku kerana ada permintaan yang berterusan. Apa yang pasti, meskipun kewujudan kad pengenalan klon atau palsu ini, kad tersebut tidak berpengaruh apa-apa. Oleh kerana kad itu tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi seperti mendaftar sebagai pengundi atau membuka akaun bank, kad itu hanya digunakan oleh pembeli sebagai kad pengenalan diri. 

Namun, itu dulu sebelum adanya pembaca (reader) kad pegenalan. Kini, dengan adanya alat pembaca kad pengenalan dan kad pengenalan palsu yang digunakan oleh pembeli haram sebagai kad pengenalan diri apabila berlaku pemeriksaan akan serta-merta diketahui palsu atau tidak. 

Aktiviti pemalsuan kad pengenalan bukan ada kaitan dengan parti-parti politik akan tetapi dijalankan oleh sindiket yang bermotifkan kewangan. Ekoran kekuatan kewangan sindiket, maka mereka mampu membeli pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak amanah.

Sindiket kad pengenalan palsu sebenarnya sudah bergerak sejak tahun 80-an lagi sebelum parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Melalui kerajaan yang ditunjangi UMNO yang telah menubuhkan RCI (Royal Commission of Inquiry) (PATI) untuk mengenal pasti berkaitan dengan kad pengenalan palsu. Kini, telah jelas bahawa pengeluaran kad pengenalan palsu disebabkan oleh sindiket. Atas kekuatan kewangan sindiket, maka mereka mampu mempergunakan beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara untuk merekodkan kad pengenalan palsu itu melalui sistem jabatan itu. 

Setelah diperiksa dengan saksama, maka didapati lebih 49,000 kad pengenalan seumpama itu yang terdapat dalam sistem JPN, telahpun dikeluarkan daripada sistem. Jika benarlah UMNO terlibat, mengapa mendedahkan sebanyak 49,000 data palsu terdapat dalam sistem JPN? Dan terpaksa men'delete' daripada sistem? Fikir-fikirkan!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook