Latest News

Tuesday 28 June 2016

Kalau Bukan Kerana Parti Umno, Shafie Tidak Akan Ke Mana!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah jika menumpang Istana Orang UMNO MALAYA... Oleh FB Milin Biok Jr. (screenshot)
(ii) RAMAI KELUAR UMNO SEMPORNA?... Oleh FB TJ Jamain (screenshot)
(iii) Cerita di Bawah Bayu;... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PEMBUBARAN parti USNO kerana selepas kalah tahun 1976, tidak bangkit-bangkit lagi melalui beberapa pilihan raya negeri walaupun menang beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Jika sekiranya parti itu tidak dibubarkan untuk memberi laluan kepada parti UMNO, mungkin parti itu sudah terkubur sama seperti parti Berjaya.

Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan mencapai kedudukan yang pernah beliau kecapi sehingga Julai (2015) tahun lalu jika bukan kerana parti UMNO. Demikian juga para pemimpin Sabah yang ada sekarang khususnya daripada parti UMNO, tidak akan mendapat kedudukan dalam jawatan politik kalau bukan kerana parti UMNO.  Mereka yang membangkitkan parti USNO mengapa dibubarkan, bukanpun daripada penyokong parti USNO sendiri akan tetapi adalah musuh parti itu. Mereka yang kini sedang bercakap berkaitan parti USNO adalah mereka yang menginginkan parti USNO itu tidak memberi laluan kepada parti UMNO atas sebab mereka tahu benar bahawa jika parti USNO tidak dibubarkan, mereka itu terus menguasai kerajaan Sabah.

Parti UMNO yang memberi kesenangan kepada Datuk Seri Shafie Apdal seharusnya beliau hargai. Lumrah dalam sesebuah parti, mesti ada peraturan dan disiplin. Tindakan Shafie, sehingga menyebabkan parti menggantung keahliannya adalah disebabkan tindakan peribadi beliau. Tindakan bukan berasaskan kepentingan rakyat, akan tetapi kepentingan persendirian. 

Kritikan Shafie terhadap kepimpinan parti, sebenarnya bermotifkan peribadi kerana termakan 'rancangan' Kempen Anti Najib (ANC), jika berjaya mendesak Dato' Seri Najib Razak meletakkan jawatan, maka Shafie dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Shafie, dalam mencapai cita-cita besarnya, memperjudikan kedudukannya dalam kabinet dan parti. Hukum berjudi, boleh hangus ataupun menang 'jackpot'. Persoalannya, mengapa pula yang lain yang sibuk? Sedangkan, Shafie yang mempertaruhkan apa yang dimiliki untuk satu kedudukan yang lebih tinggi lagi. Fikir-fikirkan! 

Kata peribahasa, "orang tamak selalu rugi, pakai baju kena ukur di badan sendiri". Datuk Seri Shafie Apdal meskipun, sekian lama menjadi Menteri Persekutuan dan mempunyai kedudukan kanan dalam parti, namun kekuatan beliau hanya berlegar-legar di Semporna dan tidak merebak di kawasan lain. Kekuatan beliau, bukan kekuatan peribadi akan tetapi menumpang atas nama kekuatan parti. Parti telah mengambil kira, menggantung atau memecat beliau dalam parti adalah tidak berimpak kepada UMNO Sabah seperti mana yang berlaku semasa Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada parti. 

Siapalah Shafie jika dibandingkan Tun Mustapha? Tun Mustapha meninggalkan parti UMNO yang beliau bawa masuk. Namun, parti UMNO terus kecewa dan marah kerana rakyat majoriti merasakan bahawa parti itu boleh membawa aspirasi kepada mereka. Dalam UMNO, pemimpin silih berganti, patah tumbuh hilang berganti. 'K'aderisasi' UMNO cukup mantap dan matang bagi berdepan dengan apa keadaan sekalipun termasuklah pemecatan seorang pemimpin kanan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook