Latest News

Thursday 23 June 2016

KAWALAN PEMBALAKAN DI SABAH: Doris Terbiasa Dengan Kata "Rompak"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salah satu cara rompokan kekayaan hasil bumi Sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KAYU balak kalau sudah mencapai umur untuk ditebang, maka akan ditebang. Penebangan kayu balak bukan sahaja di sabah malah di serata dunia. Negara-negara yang mempunyai kayu balak dan umur serta saiz balaknya itu telah mencapai tempoh penebangan, maka akan ditebang. Jika kayu balak tidak ditebang, bagaimana ingin memenuhi permintaan? Termasuk Doris Jones terhadap perabot rumahnya seperti kerusi, almari malah “dashboard” pada kereta-kereta mewah? Selain itu, bagaimana memenuhi keperluan kertas pembungkus makanan di mana sebahagian negara mengharamkan penggunaan plastik?

Permintaan kayu balak Sabah dan Asia Tenggara sebenarnya adalah negara-negara Eropah termasuk United Kingdom. Besar kemungkinan, perabot Doris di rumah tumpangannya juga adalah kayu-kayan berasal daripada Sabah.

Kayu balak yang menepati saiz diperlukan oleh industri kayu-kayan Sabah. Industri ini selain keperluan tempatan juga adalah untuk eksport. Bayaran cukai daripada balak merupakan pendapatan negeri untuk digunakan pembangunan infrastruktur seperti jambatan, jalan raya, kemudahan bekalan air dan sebagainya.

Doris terbiasa mengguna pakai perkataan 'merompak' kerana sekali lagi penajanya juga merupakan perompak kekayaan Sabah ratusan tahun yang lalu. Hasil rompakan itu bukan untuk tujuan pembangunan negeri Sabah, sebaliknya dibawa balik ke UK untuk kegunaan sebahagian rakyat UK termasuk penaja Doris.

Pembalakan di Sabah tidak seperti tahun 70-an dan 80-an. Kini, pembalakan adalah melalui sistem 'selective'. Ertinya, hanya saiz kayu balak yang memenuhi syarat sahaja boleh ditebang sedangkan yang tidak dibiarkan membesar adalah sehingga suatu waktu atau tempoh bagi memenuhi syarat.

Pembalakan di Sabah kini benar-benar dikawal dan setiap batang kayu tidak terkecuali daripada cukai. Tidak seperti tahun 70-an dan 80-an, kayu balak bebas dibawa malah boleh dieksport melalui laut. Kini, setiap kayu yang ditebang perlu diproses untuk mendapat nilai tambah agar cukai maksima boleh dikenakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook