Latest News

Wednesday 29 June 2016

KENYATAAN DORIS JONES, Fakta Tahi Kucing "Proses Kemerdekaan"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) memang benar Sabah dan Sarawak dengan sukarela dalam penubuhan Malaysia... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Kenapa pemimpin Sabah dan Sarawak tersangat hendak ''review''... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

INILAH masalahnya apabila individu seperti Doris Jones bercakap berkaitan dengan proses kemerdekaan melalui interpretasi dokumen-dokumen yang ditulis semasa proses kemerdekaan. Individu seperti Doris dan konco-konconya telah mengulas berkaitan dengan dokumen-dokumen tersebut berasaskan pengertian masa kini melalui manipulasi kenyataan. Sedangkan, semua tahu bahawa Doris dan konco-konconya langsung tidak terlibat semasa proses kemerdekaan, sama seperti rakyat yang lahir sebelum kemerdekaan atau masih kanak-kanak semasa proses tersebut.

Tidaklah logik jika hanya Doris Jones yang nampak bahawa proses kemerdekaan itu tidak adil, sedangkan  majoriti rakyat percaya bahawa proses kemerdekaan itu adalah betul.

Sebelum kemerdekaan, pihak ketiga yakni British menjalankan pungutan suara. Kemudian, pungutan suara itu ditulis melalui laporan dan akhirnya pihak British membuat perjanjian melalui IGC sebagai asas memerdekakan tanah jajahannya. Pada masa itu, boleh sahaja British tidak memerdekakan Sabah dan Sarawak. Namun, atas kehendak majoriti rakyat mahu merdeka dan kemerdekaan itu mahu menyertai negara baru, maka British tiada pilihan lain lalu memberikan 'Internal Self Goverment' kepada Sabah dan Sarawak. 

Semasa negara baru dibentuk, pihak Malaya sebenarnya memberi kelebihan kepada Sabah dan Sarawak dengan mengiktiraf 20 Perkara dan 18 Perkara. Sebab itu sehingga kini, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen. Kalau diteliti betul-betul, Persekutuan Malaysia yang tertipu kerana biasanya hanya negara sahaja yang mempunyai kuasa imigresen. Rupa-rupanya, pemimpin Sabah dan Sarawak yang dikatakan oleh Doris jones tidak berpendidikan tetapi mampu mempengaruhi Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan selain memanipulasinya. Kini, rakyat Sabah dan Sarawak bebas masuk ke Kuala Lumpur (KL) tanpa siapa yang boleh mempersoalkannya. Rakyat Sabah dan Sarawak bebas membeli tanah, rumah dan tinggal atau bekerja di KL tanpa permit kerja.

Berasaskan kepada keadaan itu, kenyataan Doris Jones sebenarnya hanya fakta tahi kucing dan auta semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook