Latest News

Monday 13 June 2016

Masalah Air Di Kampung Pirasan, Kota Belud

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penduduk kg.Pirasan meminta pihak berwajib terutama Jab.Air Kota Belud... Oleh FB Hasmeddy Wah (screenshot)
(ii) Mana sudah tu Menteri-menteri, dan YB2... Oleh FB Page Solidarty 4 Sabah (screenshot)
(iii) Tiada guna tu pemimpin umno bn... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(iv) Masalah air di Kota Belud kritikal... Oleh FB Page 1 Sabah (screenshot)
(v) bagus kamu jaga air dikota belud, dah lama penduduk Kota Belud minum air Lopak, daripada kamu jaga Tun... Oleh FB Page Rakyat Hakim Negara (screenshot)

MASALAH air Kota Belud bukan masalah baru.  Atas sebab itu, kerajaan mencadangkan pembinaan empangan Tambatuon. Namun, pembinaan empangan itu terbantut kerana penduduk di kampung Tambatuon terhasut oleh Lim Kit Siang sehingga melakukan protes terhadap pembinaan empangan tersebut. Hal ini sebenarnya telah dimaklumkan beberapa kali di sini tetapi malangnya masih juga tidak mengerti.

Apa yang malang, apabila pembangkang menghasut penduduk kampung Tambatuon, tiada penduduk kampung daerah Kota Belud membantu menjawab protes tersebut. Seolah-olah, protes penduduk kampung itu tidak berkait dengan mereka. Kini, selepas menghadapi ketiadaan air di kampung Pirasan yang terjejas teruk kerana sumber air daripada empangan Bayayat rosak akibat gempa bumi Ranau pada Jun 2015 yang lalu telah membuat tunjuk perasaan kepada yang berkenaan. 

Jika sekiranya, penduduk kampung lain di daerah itu menjawab protes penduduk kampung Tambatuon berkaitan pembinaan empangan kerana empangan itu sebenarnya sebagai sumber air bagi sebahagian besar penduduk Kota Belud, masalah ini pasti dapat diselesaikan.

Jabatan Air Negeri Sabah (Kota Belud) pada masa ini hanya bergantung kepada 'tube well pump' untuk mendapatkan sumber air. Mungkin, rancangan jabatan itu mengimport mesin berkapasiti tinggi daripada Itali yang kini masih belum tiba seperti mana diumumkan pada Jun 2015 yang lalu. 

Pada keadaan sekarang, tiada sesiapa yang boleh mengatasi bekalan air Kota Belud. Walaubagaimanapun, hanya untuk penyelesaian jangka pendek jabatan itu perlu menggunakan lori-lori tangki untuk dihantar kepada penduduk kerana bekalan air melalui saluran paip memang tidak mencukupi.  

Bekalan air di perkampungan daerah Kota Belud memang merupakan masalah besar dan atas sebab itu, perkampungan yang terletak di kawasan pantai sehingga kini masih menggunakan 'tube well pump' sejak sebelum merdeka.

Memang kerajaan telah menyalurkan RM114 juta pada tahun 2011 untuk penyelesaian bekalan air Kota Belud. Namun, masalah yang dihadapi adalah sumber air untuk diproses. Batang-batang paip sudah dipasang di seluruh kampung tetapi jabatan itu tidak dapat menyalurkan air kerana memang tiada air yang boleh disalurkan. Sungai Kadamaian di mana sebelum ini boleh digunakan untuk diproses dikatakan tidak selamat untuk kegunaan orang awam kerana kadar logam yang tinggi akibat gempa bumi pada tahun lepas.

Kerajaan negeri, memang sangat prihatin terhadap penduduk yang menghadapi masalah kekurangan air. Oleh sebab itu, Jabatan Air Negeri Sabah sedang melakukan berbagai tindakan termasuk menggunakan lori-lori tangki untuk menghantar air kepada penduduk yang terjejas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook