Latest News

Thursday 9 June 2016

NEGERI SABAH: TIADA ISTILAH 'JUAL BELI'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ketahui Sejarah Negara Kita Sabah... Oleh FB Page North Borneo Untold History (screenshot)
(ii) Tapi Pemimpin Sabah sekarang jual saham syarikat kerajaan sabah seperti jual sabah juga kah tu arrr... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

SEBENARNYA tiada istilah jual beli. Rakyat tidak boleh dijual atau dibeli. Apa yang berlaku adalah sokongan kepada polisi sesebuah kerajaan melalui parti yang memerintah. Kalau diimbas kembali semasa Sabah mula merdeka, rakyat memberi sokongan kepada parti USNO, parti tempatan untuk memerintah negeri dan kemudian parti Berjaya yang juga parti tempatan dan disusuli parti PBS juga parti tempatan. Kemudiannya, Parti USNO memberi laluan kepada Parti Kebangsaan untuk masuk tahun 1991. Sebab itulah parti UMNO bertapak di Sabah dan mendapat sokongan rakyat atas penerimaan polisi parti itu sesuai dengan hasrat dan kehendak rakyat.

Dalam sistem demokrasi sebenarnya tiada istilah jual beli kerana yang menang dalam sesebuah pilihan raya adalah suara majoriti. Sejak piliha raya tahun 1999, rakyat Sabah memberi kepercayaan kepada parti UMNO untuk menjadi tunjang kerajaan dan sokongan itu berterusan sehingga PRU-13, tahun 2013. 

Kenyataan Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun (Allahyarham) mewakili kehendak rakyat bahawa rakyat tidak mungkin boleh dibeli atau Sabah tidak mungkin boleh dilelong kerana yang menentukan hala tuju Sabah adalah rakyatnya sendiri. Rakyat Sabah yang menentukan parti mana yang memerintah Sabah.

Atas sebab itu, para pemimpin perlu menghargai kehendak rakyat Sabah jika terus mahu menerima sokongan. Hanya melalui penghargaan, penghormatan dan mendengar degup jantung rakyat sahaja para pemimpin sesebuah parti akan terus mendapat sokongan. Oleh kerana para pemimpin Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman yang mengutamakan rakyat, maka kepimpinan beliau terus diyakini dan disokong pada setiap pilihan raya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook