Latest News

Tuesday 28 June 2016

NILAI Kos RM500K Astaka KENINGAU DIPERSOALKAN!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kayalah...Sprm tutup mata Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

UNTUK makluman, setiap projek yang sebelum mendapat peruntukan, perlu dianggarkan kosnya oleh jurutera daerah atau Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah. Penentuan kos sebarang projek bukan ditentukan oleh 'Pegawai Daerah' kerana beliau bukannya seorang jurutera.

Jika kos Astaka Keningau bernilai RM500,000, ertinya kos itu merupakan anggaran kos yang dikemukakan jurutera yang membuat rekaan dan anggaran kos keseluruhan projek tersebut.


Perlu juga diketahui bahawa sebelum sesebuah projek mendapat peruntukan, projek itu sudah dinilai oleh beberapa pihak termasuk JKR pusat dan Kementerian Kewangan. Sungguh ramai pegawai kerajaan atau jabatan terlibat termasuk Pejabat Pegawai Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan. Biasanya, projek seumpama ini, pegawai daerah hanya berfungsi sebagai pengeluar sebut harga dan keputusan kontraktor mana yang berjaya ditentukan oleh jawatankuasa sebut harga. Kontraktor yang memenuhi persyaratan dan speksifikasi yang ditentukan oleh pihak jurutera, akan dipilih dan seterusnya dilantik bagi melaksanakan projek tersebut.


'Pegawai Daerah' adalah pegawai kerajaan yang dilantik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri berasaskan kekananan seseorang dalam Perkhidmatan Negeri. Pelantikan pegawai kerajaan tidak ada kaitan dengan parti politik kerana pelantikan adalah berasaskan kelayakan seseorang untuk dilantik sebagai pegawai kerajaan. Mendakwa pegawai daerah dilantik oleh parti UMNO atau BN adalah dakwaan menghina pegawai kerajaan itu sendiri kerana pegawai kerajaan akan senantiasa berkhidmat kepada 'Government of the day' tanpa mengira parti.  Pegawai daerah yang ada telah berkhidmat dengan kerajaan jauh sebelum parti UMNO memerintah Sabah. Menuduh bahawa pelantikan beliau kerana politik dan dihubungkan dengan kuasa Ketua Menteri, sebenarnya memperlekehkan lagi kewibawaan penjawat awam.

Anda bebas membuat laporan kepada SPRM jika anda fikir membuat astaka itu sepatutnya hanya RM80,000. Anda dipersilakan! Semoga anda berjaya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook