Latest News

Tuesday 28 June 2016

PAPAN Iklan Masyarakat Pancasila Dikaitkan Dengan UMNO, Apa KES???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa aman,rahman dahlan, said kuruak Dan... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

PEMILIK facebook yang menghubungkan parti UMNO dengan pemimpin Indonesia yang 'koruptor', sebenarnya itu individu yang bukan ahli UMNO dan tidak tahu sama sekali berkaitan dengan parti. 

Pemilik page facebook itu sama dengan penyokong pembangkang yang lain dengan melihat parti pilihan rakyat majoriti itu sebagai musuh kerana mereka tiada kemampuan melawan atau menumbangnya. Apabila seseorang atau kumpulan orang-orang tidak mampu melawan dan tiada kekuatan, maka telah menjadi kebiasaan dengan menuduh berbagai macam tuduhan kerana itu sahaja yang mereka mampu buat.

Apa sahaja anda panggil berkaitan dengan parti UMNO atau pemimpinnya, penyokong dan ahli parti tidak akan roboh dan goyang kerana semua memahami bahawa anda hanya mencarut dan tidak berimpak apa-apa. Sungguh memalukan!

Kinzir, adalah haiwan yang haram dimakan oleh orang beragama Islam, namun tidak haram bagi yang bukan Islam. Anda menggunakan persamaan babi atau kinzir kepada yang koruptor, sebenarnya menghina bukan Islam kerana parti UMNO merupakan parti yang tidak bernyawa manakala para pemimpin dan penyokong serta ahlinya pula terdiri daripada mereka yang berwibawa.

Kerana kewibawaan pemimpin, maka ramailah rakyat menyokong dan atas sebab itulah pada setiap pilihan raya UMNO akan terus menang dan menubuhkan kerajaan. Panggilan apapun, termasuk “babi” tidak mengusik jiwa pemimpin, penyokong serta ahli UMNO. Anda akan kecewa sendiri kerana maki hamun atau sumpah jampi serapah hanya membuatkan anda emosi sendiri. Ini kerana semuanya itu, bagaikan, "mencurah air di daun keladi, bagaikan mencurah garam ke laut", tidak membawa apa-apa perubahan atau tekanan.

Berpestalah anda menggunakan laman sosial seperti facebook dengan memberi sebarang gelaran kepada parti UMNO dan pemimpin, penyokong serta ahlinya. Pasti, ianya tidak akan berbekas!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook