Latest News

Monday 6 June 2016

Pekerja BANGLADESH???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pekerja Bangladesh di Telipok, Sabah!... Oleh FB Page Gerakan Sabah Merdeka (screenshot)
(ii) Pekerja Bangladesh di Telipok, Sabah!... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KALAU kamu rasa (pemilik facebook itu) boleh menggantikan pekerja Bangladesh yang menjadi pekerja pada sesebuah syarikat (jika benar), mengapa pula kamu tidak ganti? Mengapa kamu kaitkan dengan Datuk Seri Musa Aman tentang hal ini? 

Keperluan tenaga kerja bagi sesebuah syarikat, bukan urusan kerajaan atau Ketua Menteri. Keperluan tenaga kerja atau buruh adalah urusan atau tanggungjawab sesebuah syarikat. Jika syarikat itu memenuhi persyaratan termasuk memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen dan membayar levi, maka jabatan akan memberi pas kepada pekerja demikian tidak kira dari negara mana.

Yang kamu jadi gila (pemilik facebook tersebut), mengapa? Kenapa anda tidak menjadi buruh menggantikan pekerja tersebut? Individu seperti pemilik facebook tersebut, sebenarnya termasuk kepada manusia yang paling dengki dan busuk hati kerana membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan langsung tidak mempunyai merit.

Jika benarlah di Telipok itu merupakan pekerja Bangladesh, apa masalah kamu? Adakah kamu rugi satu sen pun kerana bukan kamu yang membayar gaji dan tanggung makan minum mereka.

Kalau kamu berani, tangkaplah pekerja Bangladesh itu dan sesuai dengan kenyataan kamu di mana mahu dihantar ke rumah Ketua Menteri! Kamu buatlah, jikalau ingin sangat mahu masuk penjara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook