Latest News

Tuesday 28 June 2016

Penebangan Balak Di Tawau SAH!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini siapa bah punya kerja... Oleh FB Page GERAKAN SABAH MERDEKA - GSM (screenshot)

JABATAN Perhutanan Sabah, telah membuat penjelasan bahawa penebangan balak di kawasan itu merupakan penebangan sah kerana melibatkan tanah persendirian. Royalti atau cukai penebangan tersebut diterima jabatan tersebut bagi pihak kerajaan negeri. Melalui pengesahan jabatan itu, ertinya tidak ada lagi timbul bahawa pembalakan di kawasan itu dijalankan secara haram.

Jika yang merungut agar lori-lori balak itu tidak melalui jalan raya, persoalannya, bagaimana balak-balak itu boleh sampai ke kilang-kilang mereka?  Mereka yang membuat berbagai dakwaan hanya bercakap 'syok sendiri', kononnya bercakap bagi pihak rakyat. Sedangkan, kerajaan yang memperolehi hasil cukai daripada kayu-kayan daripada tanah persendirian itu merupakan pendapatan negeri dan seterusnya disalurkan kepada rakyat dalam bentuk projek pembangunan dan seumpamanya.

Jabatan Perhutanan Sabah telah membuat penjelasan, setiap batang kayu yang ditebang tidak terlepas daripada cukai, ertinya penebangan kayu di kawasan tanah persendirian tersebut memang mendapat kebenaran daripada jabatan tersebut.  Pemilik tanah persendirian tersebut perlu membersihkan tanah kerana mahu memajukan tanah tersebut. Dengan memajukan tanah tersebut, maka ianya berproduktif, selain dapat membayar cukai kepada kerajaan juga membuka peluang pekerjaan baru.

Kerajaan negeri memerlukan penguasa-penguasa sedemikian untuk menyumbang kepada pendapatan negeri kerana hanya melalui memajukan tanah menerusi pembalakan dan peladangan sahaja, mampu menjamin bayaran cukai kepada kerajaan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Mungkin saja mereka yang membuat dakwaan dengan mempersoalkan penebangan kayu di tanah persendirian tersebut adalah mereka yang anti pembangunan dan anti kemajuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook