Latest News

Wednesday 1 June 2016

Peranan GST Dan Harga Eksport/Import Beras

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yang mana lebih penting bagi mengatasi masalah-masalah mesyarakat Desa... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

OLEH kerana tanah diberikan kepada individu termasuklah tanah sawah, maka kerajaan tidak mempunyai kuasa terhadap tanah tersebut. Di Sabah, khususnya mereka yang mahu cepat mendapatkan kewangan lazimnya menjual tanah-tanah sawah mereka kepada pihak-pihak tertentu untuk tujuan pembinaan bangunan-bangunan. Bukti itu dapat dilihat di kawasan Penampang, Tuaran dan Papar. Pada tahun 60-an, tiga kawasan tersebut merupakan kawasan pengeluar padi. Namun, akibat permintaan kawasan-kawasan untuk pembangunan, maka para pemilik tanah sawah menjual tanah-tanah sawah mereka. 

Kerajaan tidak boleh dipersalahkan kerana belum terdapat undang-undang menghalang pemilik tanah menjual tanah mereka. Apa yang ada adalah kuasa Jabatan Tanah dan Ukur menukar status tanah tersebut daripada tanah pertanian kepada tanah pembangunan. Oleh kerana desakan pemilik tanah, maka jabatan tersebut tiada pilihan dan terpaksa menurut permintaan atau permohonan pemilik tanah.

Keluasan tanah sawah negeri Sabah semakin hari semakin berkurangan. Selain itu, pengeluaran padi yang tidak mencapai target yang diharapkan sehingga menyebabkan negeri Sabah kekurangan beras untuk keperluan rakyat. Menurut rekod, pengeluaran padi Sabah hanya mampu memenuhi 30 peratus keperluan rakyat Sabah. Jumlah ini akan terus berkurangan kerana kecenderungan penurunan keluasan tanah sawah. Di kawasan-kawasan Penampang, Tuaran dan Papar, tidak boleh lagi diharapkan untuk pengeluaran padi. 

Sabah, kini hanya bergantung kepada daerah Kota Belud dan Kota Marudu sebagai pengeluar padi.

Mengingat kepada pengeluaran padi yang berkurangan, maka negara terpaksa mengimport beras. Oleh kerana beras merupakan bahan makanan bersubsidi, maka kerajaan memerlukan sumber pendapatan seperti GST bagi mengimport beras dan dijual kepada pengguna di bawah harga belian. Tanpa GST, kerajaan tidak akan mampu menjual harga beras import pada harga di bawah harga pasaran belian.

Kerajaan ambil maklum terhadap hal ini kerana keluasan tanah sawah berkurangan sehingga pengeluaran padi berkurangan. Sedangkan, jumlah penduduk terus bertambah maka kerajaan perlu mencari alternatif agar rakyat dapat membeli beras pada harga yang rendah. Untuk mendapatkan harga yang rendah, maka subsidi perlu diberikan. Atas sebab itu, sistem GST diperlukan agar kerajaan mendapat sumber kewangan untuk tujuan pembayaran subsidi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook