Latest News

Thursday 30 June 2016

PERGOLAKAN UMNO SEMPORNA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RTM umum 50?... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Lebih 350 Cawangan Keluar Umno... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)
(iii) BUKTI SEMPORNA KELUAR UMNO... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

PADA Isnin lalu, ADUN Sulabayan Dato' Jaujan Sambakong bersama Pengerusi Tetap Bahagian itu Datu Eranza Datu Saribu telah mengedarkan satu kenyataan media yang mengandungi bahawa seramai 19 AJK Bahagian disertai Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri bersama 300 Ketua Cawangan keluar parti. Kenyataan media itu terus mendapat liputan media tempatan mahupun arus perdana. Namun pada masa yang sama, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Nasir Tun Sakaran menafikan dakwaan itu. 

Selain itu, Ketua Penerangan Bahagian itu, Datuk Haji Ramli Marhaban yang juga ADUN Bogaya salah satu DUN di Parlimen Semporna, turut sama menafikan kandungan kenyataan media Datu Eranza Datu Saribu dan Dato' Jaujan Sambakong. Malah, Ketua Puteri melalui laman facebook milik Ketua Puteri itu juga menafikan keluar daripada parti sebaliknya akan terus setia sehingga tamat tempoh sebagai Ketua Puteri.

Tindakan Datu Eranza Datu Saribu dan Dato' Jaujan Sambakong adalah ekoran daripada keputusan penggantungan Ketua Bahagian itu iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal daripada parti berkuatkuasa pada 24 Jun 2016.

UMNO Bahagian Semporna mempunyai 481 cawangan, jika 300 cawangan bersama dengan seluruh AJK bahagian keluar daripada parti, ertinya hanya bahagian yang lumpuh manakala parti Umno di bahagian itu masih tetap utuh dan wujud. Atas sebab AJK bahagian tiada kuasa membubarkan bahagian parti berikutan kuasa itu hanya ada pada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti. UMNO bahagian akan tetap berfungsi melalui pemangkuan jawatan, manakala AJK boleh dilantik sementara bagi menunggu pemilihan akan datang.

Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin membuat kenyataan sehingga semalam, UMNO negeri tidak menerima sebarang surat daripada Datu Eranza Datu Saribu dan Datuk Jaujan Sambakong serta 300 Ketua Cawangan Bahagian Semporna yang menyatakan bahawa mereka keluar parti. Surat rasmi berkaitan tindakan mereka itu belum diterima walaupun kenyataan media tanpa tandatangan diedarkan.

Tindakan penyokong peribadi Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal khususnya Datuk Jaujan Sambakong memang telah diramalkan kerana mereka yang terlibat itu bukan berjuang berasaskan kepentingan parti melainkan sokongan kepada individu. Tindakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal secara individu yang menyebabkan beliau digantung daripada parti itu tidak berimpak kepada kekuatan UMNO Sabah termasuk di Semporna.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook