Latest News

Monday 20 June 2016

PRN SABAH: Sungguh Hebat Sekali Risikan Orang Ini? Sila Baca....

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya dengar2 pilihanraya DUN Sabah (tdk termasuk Parlimen) akan diadakan tdk lama lagi... Oleh FB Wilfred Katinggang (screenshot)

PENGERUSI Barisan Nasional Sabah mahupun Persekutuan langsung tiada jika berkaitan dengan PRN Sabah diawalkan atau diasingkan dengan pilihan raya kebangsaan. Sabah memang sebelum ini seperti Sarawak mengadakan pilihan raya negeri berasingan. Namun, bermula tahun 1999 Sabah menyertai Pilihanraya serentak dengan Semenanjung.

Tiada sebab mengapa Sabah kembali ke cara pilihan raya sebelumnya kerana jika iapun hanya menentukan kerajaan negeri, Sabah tidak perlu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Parlimen kerana sistem pilihan raya serentak sudah lama diterima oleh rakyat Sabah. 

Sebenarnya, mengadakan pilihan raya berasingan memerlukan kos yang banyak. Tujuan Sabah mengadakan pilihan raya serentak dengan Semenanjung adalah untuk mengurangkan kos pilihan raya. 

Terbukti melalui PRN-11 Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tiada ada satupun dakwaan pemilik facebook tersebut berlaku. Lagipun dalam dunia IT yang ada sekarang ini, tidak mungkin lagi dilakukan kerja-kerja menyalahi undang-undang kerana setiap rakyat sudah menjadi wartawan atau pelapor berikutan penyebaran maklumat sudah berada di hujung jari. 

Pihak kerajaan yang memerintah tidak mungkin melakukan kerja-kerja bodoh. Sebabnya, kerajaan yang ada adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tulus kepada rakyat. 

Hanya pembangkang, termasuklah pemilik facebook ini yang membuat dakwaan. Sebabnya, mereka tiada isu untuk mempengaruhi rakyat bagi menyokong mereka. Terbukti melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu fitnah dan pembohongan pemimpin pembangkang serta pengikutnya ditolak sepenuhnya oleh rakyat setempat. Ini bererti dakwaan pemilik facebook itu juga ditolak mentah-mentah oleh rakyat! Pemilik facebook itu adalah sebahagian daripada penyokong pembangkang yang 'syok sendiri'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook