Latest News

Tuesday 28 June 2016

PUTAR BELIT SI PEMBANGKANG: ISU Kebakaran Rumah Setinggan Tanjung Kapor, Kudat

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman tiada membuat kenyataan rasmi... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot)

KEBAKARAN merupakan satu kemalangan. Tidak ada siapa yang mahu kebakaran berlaku khususnya yang melibatkan rakyat. Sebelum kebakaran rumah-rumah setingan Tanjong Kapur Kudat, juga telah berlaku kebakaran di Landong Ayang, Kudat. Kebakaran di Landong Ayang mendapat simpati yang bukan sahaja daripada pemimpin negeri malahan juga Perdana Menteri.

Dakwaan budak hingusan ini dengan mempersoalkan mengapa pemimpin negeri dan persekutuan tidak memberi komen simpati berhubung dengan kebakaran rumah-rumah setinggan di Tanjong Kapor kerana dengan memberi komen seolah-olah para pemimpin kini menyokong pembinaan rumah-rumah setinggan. Pembinaan rumah-rumah setinggan sebenarnya adalah risiko sendiri kerana pembinaan rumah-rumah sedemikian selain menjolok mata juga dilakukan secara haram. Hal ini kerana tanah yang ditempati bukan milik penduduk juga bukan untuk penempatan. 

Ai! Nampak sangat putar belit pembangkang, dulu cakap lain, sekarang pula mempertahankannya serta menegakkan. Ini sememangnya dasar pembangkang!

Terdapat banyak keburukan terhadap pembinaan rumah-rumah setinggan. Selain punca kepada pengotoran kawasan-kawasan kediaman akan tetapi juga punca penyakit berjangkit selain sarang nyamuk dan tikus kerana sanitasi  tidak tersedia. Sebenarnya, kerajaan tidak pernah meluluskan sebarang pembinaan rumah setinggan namun penduduk bertindak sendiri dan melanggar peraturan itu.

Dari soal kemanusian, sudah tentu memang tiada pemimpin atau sesiapa sahaja mahukan kebakaran berlaku. Namun, disebabkan ianya satu kemalangan yang berpunca daripada penghuni, maka tiada pemimpin atau kerajaan yang dapat membantu. Daripada pihak manapun dilihat, rumah-rumah setinggan tiada locus standi menyalahkan mana-mana pihak. Jika pemilik facebook mempunyai tanggungjawab besar terhadap penghuni rumah setinggan tersebut, maka binalah rumah untuk mereka. 

Untuk pengetahuan rakyat, pemilik rumah-rumah setinggan adalah mereka yang mempunyai tanah-tanah di kampung pedalaman. Namun, minoriti memilih membina rumah-rumah setinggan di kawasan bandar untuk keuntungan selain terkecuali membayar sewa atau cukai tanah atau cukai pintu serta penyumbang kepada penumpukan sampah di kawasan bandar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook