Latest News

Wednesday 15 June 2016

SALLEH DAN PRK SUNGAI BESAR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bermimpi di siang hari tidak salah... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

DALAM politik memang tidak boleh dinafikan bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Besar, Selangor adalah perintis jalan gabungan parti itu merampas negeri Selangor melalui PRU-14. Dalam sesebuah kerajaan, jika kerajaan Pusat dan Negeri daripada parti yang sama, maka kerjasama akan dapat dijalinkan dengan erat demi rakyat. 

Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang merupakan salah satu pemimpin Barisan Nasional sudah tentu mengharapkan rakyat di Sungai Besar memberi kemenangan kepada calon BN. Bagi mereka yang tidak suka pemimpin BN termasuk Datuk Seri Salleh Said Keruak, sudah tentulah tidak akan suka selamanya. Ini kerana mereka itu memang pembangkang kepada BN termasuklah pemilik akaun facebook itu di mana sejak sekian lama mempergunakan media sosial untuk mengecam pemimpin BN dengan berbagai dakwaan dan tomahan.

Datuk Seri Salleh Salleh Keruak merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, satu kapasiti sebagai Menteri sememangnya beliau mempunyai merit untuk bercakap mewakili Barisan Nasional.

Berkaitan dengan dakwaan masalah air di Kota Belud, di mana tempat asal Datuk Seri Salleh Said Keruak itu sebenarnya bukan masalah baru. Kota Belud tidak mempunyai loji pemprosesan air yang besar. Atas sebab itu, kerajaan mencadangkan membina Empangan Tambatuon bagi memenuhi keperluan air penduduk Kota Belud. Namun, cadangan itu dibantah penduduk di mana empangan itu bakal dibina kerana penduduk termakan hasutan pembangkang (Cerita lama). 

Kalau tidak ada sumber air, bagaimanakah memproses air? Mungkin pemilik akaun facebook ini boleh mengunakan air liur sebagai sumber air bagi penduduk Kota Belud.

Bekalan air bagi kawasan-kawasan tertentu di Kota Belud sangat terjejas ekoran kerosakan Loji Bayayat akibat gemba bumi Ranau pada Jun 2015. Jabatan Air Daerah Kota Belud hanya bergantung kepada sumber air bawah tanah namun kapasiti “tube well pump” yang ada tidak mencukupi. Atas sebab itu, berlaku catuan air. 

Jabatan Air Daerah Kota Belud kini mencadangkan agar dibina loji pemprosesan air di Sungai Wariu dengan kos anggaran RM300 juta bagi menyelesaikan masalah air Kota Belud. Tugas wakil rakyat hanya meminta peruntukan daripada kerajaan. Sebenarnya, kerajaan telahpun menyalurkan RM114 juta pada tahun 2011 seperti mana permintaan jabatan itu. Namun, selepas peruntukan itu disalurkan masalah sumber air pula menjadi masalah yang disebabkan bencana alam akibat gempa bumi yang lalu. 

Bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak, betapa berat mereka yang memandang dari jauh seperti penggiat media sosial, berat lagi beban yang didepani wakil rakyat. Jangan bimbang! Masalah air Kota Belud pasti akan selesai!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook