Latest News

Friday 3 June 2016

Status Sabah dan Sarawak Dalam PERSEKUTUAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parlimen tolak usul kembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi... Oleh FB Jaime Jaymie (screenshot)

USUL wakil rakyat Sandakan daripada DAP berkaitan status Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan sebenarnya satu usul 'undur ke belakang'.

Memang diakui pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 mengandungi Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Nota: Singapura dikeluarkan pada tahun 1965). Namun, dalam perlembagaan negara yang dikemaskini selepas kemerdekaan yang disesuaikan dengan pentadbiran, maka Persekutuan Malaysia dibahagi-bahagikan antara negeri dan Wilayah Persekutuan. 

Bagi negeri-negeri yang beraja, maka diketuai oleh sultan. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak beraja diketuai oleh Tuan Yang Terutama (TYT). Dengan yang sedemikian, semua negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu memerintah bukan dalam bentuk kabinet manakala Sabah dan Sarawak diperintah dalam bentuk kabinet. 

Dengan melihat cara pemerintahan, memang jelas status Sabah dan Sarawak merupakan rakan dalam membentuk Persekutuan Malaysia. Dalam segi lain, misalnya dalam soal imigresen hanya Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai kuasa.  

Usul DAP berkaitan status Sabah dan Sarawak, sebenarnya tiada merit. Atas sebab berasaskan cara pemerintahan di Sabah dan Sarawak sejak tahun 1963 telah menunjukkan bahawa dua (2) wilayah itu merupakan rakan kongsi. Penggantian kepada istilah negeri-negeri sebenarnya sesuai dengan Peraturan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga seperti mana yang dilakukan di Amerika Syarikat atau USSR sebelum kesatuan Soviet Union itu pecah. Jika suatu hari  kelak, Persekutuan Malaysia berpecah, maka akan mengikut jejak kesatuan Soviet Union di maan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu akan berdiri secara sendiri.

Pengasingan sebutan antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung hanya meluaskan jurang kesatuan dalam Persekutuan Malaysia. Sememangnya itulah matlamat parti DAP agar rakyat negara ini berpecah belah. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook