Latest News

Friday 17 June 2016

TUDUHAN MUSA 90-AN: Hanya Warganegara Yang Boleh Mengundi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sial betul punya musa... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) THE CHIEF MINISTER OF SABAH INVOLVE IN POLITICAL CRIME... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Sebagai Ahli Umno... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MENDAFTAR warga asing dijadikan ahli satu isu dan warga asing jadi pengundi juga satu isu. Dalam undang-undang negara, hanya warganegara boleh mendaftar sebagai pengundi. Dalam parti UMNO, hanya warganegara sahaja boleh menjadi ahli. Melihat kepada syarat-syarat itu, dengan sendirinya menidakkan dakwaan bahawa Datuk Seri Musa Aman sebagai pemimpin parti UMNO mendaftar warga asing sebagai ahli parti dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi.

Kuasa memberikan kewarganegaraan terletak kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pemberian kewarganegaraan perlu melalui berbagai peringkat proses ketat. Atas sebab itu, di negara ini masih ramai penduduk yang hanya mempunyai kad pengenalan merah atau kad bermastautin tetap (MyPR) hanya kerana kewarganegaraan tidak dapat diproses disebabkan ketiadaan dokumen yang sah untuk membantu permohonan kewarganegaraan. 

Perlu diingatkan bahawa kewarganegaraan bukan “hak” akan tetapi atas budi bicara negara.

Senarai nama-nama hanya merupakan senarai di atas kertas jika benar-benar berlaku pendaftaran warga asing dan senarai itu tiada 'locus standi' di sisi undang-undang. Sekaligus senarai itu hanya merupakan catatan yang tiada nilai.

Memang ada dakwaan berbagai pihak selepas Parti Bersatu Sabah (PBS) khususnya daripada pemimpin parti itu yang kononnya PBS kalah dalam pilihan raya kerana bantuan pendatang asing. Adalah tidak masuk akal bagaimana pendatang asing boleh membantu parti UMNO sedangkan pendatang asing tidak boleh menjadi pengundi dan tidak mungkin mengundi? Fikir-fikirkan!

RCI (PATI) Sabah yang diumumkan pada Disember 2014 yang telah membuktikan bahawa tiada bukti menjadikan pendatang asing sebagai warganegara. Selain itu, RCI itu menyebut bahawa pendatang asing yang ada kad pengenalan biru sebenarnya kad pengenalan yang palsu dan tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dengan sendirinya apabila kad pengenalan tidak ada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara, maka secara automatik juga tidak mungkin dapat mendaftar sebagai pengundi. Disebabkan kerana syarat mendaftar sebagai pengundi ialah kad pengenalan yang seharusnya wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara.

Tuduhan terhadap Datuk Seri Musa Aman telah berlegar-legar sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini tiada bukti yang boleh mengarah kepada tuduhan itu. Para penuduh Datuk Seri Musa Aman hanya bercakap menggunakan “hearsay” tanpa dapat memberikan sebarang bukti. Lagi, kenyataan-kenyataan itu hanya bersifat politik maka jawapannya juga perlu bersifat politik. Buktinya, sejak tahun 1999 kerajaan BN terus menang pilihan raya walaupun berbagai dakwaan daripada pembangkang dan kerana rakyat majoriti tahu bahawa kenyataan dan dakwaan mereka itu hanya ikut sedap mulut sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook