Latest News

Saturday 4 June 2016

Tuntutan Ke Atas Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ketawa durang, mau claim Sabah... Oleh FB Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

KENYATAAN Presiden Filipina yang dipilih Duterte berkaitan ke atas Sabah hanya merupakan kenyataan politik. Sebabnya, Filipina tidak ada merit lagi membuat tuntutan itu selepas Sabah merdeka pada tahun 1963 apabila membentuk Persekutuan Malaysia. Lagipun, selepas Filipina merdeka daripada Sepanyol pada tahun 1949, status Sabah dengan sendirinya termansuh kerana Filipina telah memansuhkan Kesultanan Sulu pada tahun 1930 yang mana kesultanan itu yang ada kaitan dengan Sabah.

Dalam situasi dunia sekarang, catitan sejarah tidak lagi boleh digunapakai oleh  sesebuah negara menuntut wilayah tertentu berasaskan sejarah. Kalaulah boleh, maka Johor boleh menuntut Singapura, kerana dalam catitan sejarah, Singapura adalah Temasik dan merupakan wilayah Johor.

Berkaitan dengan PTI kononnya mendapat kad pengenalan, ianya hanya satu persepsi dan cerita mulut kerana sejak tahun 1963, menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara hanya 90,000 rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia berasaskan undang-undang. Jumlah itupun semakin mengecil kerana kematian. Keturunan mereka semuanya merupakan warganegara kerana dilahirkan di negara ini seperti mana status bangsa-bangsa lain seperti kaum Cina dan India. 

Pemilik facebook itu memang merupakan seorang yang anti kerajaan dan sebab itulah setiap posting merupakan provokasi. Sedangkan, dia sendiripun tidak tahu kedudukan sebenar Sabah dalam Malaysia.

Berkaitan parti Umno yang dikaitkan, untuk makluman, parti itu hanya bertapak di Sabah secara rasmi tahun 1991. Sedangkan, masalah PATI bermula sejak tahun 70-an apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina. Kedatangan PATI di Sabah kerana masalah perang dan mereka itu diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR). Sebab itulah satu perkampungan UNCHR diwujudkan di kawasan pasar di Kota Kinabalu yang dulu dikenali sebagai 'Pasar Filipina' (kini dipanggil Pasar Besar Kota Kinabalu (KK). Oleh kerana peperangan sudah berakhir, maka para pelarian itu sudah kembali ke tanah air mereka walaupun masih ada yang tinggal di Sabah dengan dokumen IMM 13.

Tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina hanya merupakan cerita politik dan bakal menjadi kenyataan kecuali Malaysia kalah perang dengan Filipina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook