Latest News

Wednesday 8 June 2016

UNDANG-UNDANG SYARIAH Hanya Untuk Kelantan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pakatan Harapan Sabah ask for the Sabah State Govt under CM Musa Aman... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

PEMBANGKANG tidak perlu mengelirukan rakyat berkaitan Undang-Undang Syariah (pindaan) Akta 355 tahun 1965 yang dibentangkan oleh Presiden PAS bulan Mei lalu kerana ianya hanya merupakan pindahan terhadap undang-undang syariah yang sedia ada iaitu berkaitan dengan jenis hukuman. Rang Undang-Undang Syariah (pindahan) tersebut bukanlan undang-undang baharu,kerana ianya sudah diluluskan sejak tahun 1965. Adalah biasa membuat pindahan terhadap undang-undang yang telah lapuk kerana tujuan pindahan itu adalah bersesuaian dengan keperluan semasa.  

Undang-undang Syiarah hanya untuk orang Islam sahaja dan tidak membabitkan agama lain. Atas sebab itu, kepada saudara Junz Wong jangan bimbang kerana 1000 peratus tiada kaitan dengan ADUN Likas tersebut. Junz Wong perlu menghormati agama lain seperti mana orang Islam menghormati agama beliau. Kata orang, jangan masuk rumah orang tanpa ada kebenaran jika tidak mahu ditembak. Perbuatan Junz Wong memberi komen berkaitan undang-undang syariah telah melangkaui kesepakatan sosial antara kaum di negara ini.

Junz Wong tahu bahawa Rang Undang-Undang yang dibentangkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang itu hanya untuk 'Negeri Kelantan' dan bukannya untuk mana-mana negeri termasuk Sabah. Lagipun, Sabah tidak mungkin melaksanakan undang-undang di peringkat negeri memandangkan keadaan penduduk Sabah yang tidak memungkinkan hal tersebut. Lagipun, undang-undang itu hanya untuk mahkamah Syariah yang melibatkan orang Islam sahaja. 

Kalaulah Junz Wong tahu betapa adilnya undang-undang Syariah yang sebenar-benarnya, maka dia akan memeluk Islam. Ini kerana melalui undang-undang Syariah, terdapatnya keadilan sebenar-benar telus adil kerana peraturan itu ditentukan berasaskan undang-undang Allah. Hal ini adalah seperti mana perbankan Islam jika dahulu dianggap tidak adil. Kini, sistem perbankan itu diterima dis eluruh dunia kerana merupakan satu sistem perbankan yang adil dan telus.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook