Latest News

Tuesday 21 June 2016

WANG TEBUSAN UNTUK ABU SAYYAF: Apa Urusan Dengan Musa???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Iya, admin mengikuti perkembangan... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

KALAU dilihat daripada sudut keselamatan, pengganas Abu Sayyaf perlu ditembak mati. Jika bolehlah pasukan keselamatan Malaysia dibenarkan bertembung dengan pengganas atau penculik itu sudah pasti mereka itu semuanya akan meninggal dunia.

Datuk Seri Musa Aman yang merupakan Pengerusi Keselamatan Sabah sudah tentu sangat lega jika penculik Abu Sayyaf boleh dilenyapkan. Dengan kata lain, hubungan dengan Abu Sayyaf hanya berpaksi kepada peluru dan bukannya perundingan berkaitan dengan wang tebusan.

Wang tebusan sebanyak RM12 juta yang digembar-gemburkan oleh keluarga mangsa culik rakyat Sarawak, sebenarnya tidak pernah melalui pasukan keselamatan atau PDRM melainkan pihak keluarga mangsa langsung berhubung dengan pihak ketiga yang tiada hubungan dengan pasukan keselamatan. Lagipun, kerajaan Malaysia tidak mempunyai polisi untuk membayar wang tebusan kepada Abu Sayyaf.

Pembebasan 4 rakyat Sarawak dikaca mata PDRM adalah melalui kerjasama dengan pihak keselamatan Filipina. Jika sekiranya pembebasan 4 rakyat itu disebabkan oleh urusan pihak ketiga yang menerima wang tebusan daripada keluarga mangsa, pihak PDRM tidak mengetahuinya secara langsung. Jika wang yang kononnya dibayar keluarga mangsa tidak sampai atau hanya sebahagian yang sampai, apakah itu ada hubungan dengan Datuk Seri Musa Aman? Fikir-fikirkan! 

Pemilik akaun facebook yang mendakwa mengapa Datuk Seri Musa Aman diam sebenarnya dia sedang 'mabuk todi'. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook