Latest News

Monday 13 June 2016

YA! AWAK Memang Pembohong Jufazli!!! Sila Baca!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Aku ndak mau ulas pasal page anti-fitnah ini tidak dapat sambutan pengguna Facebook... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot)

JAWATAN Ketua Menteri Sabah secara automatik dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Sabah. Sebelum beliau dilantik sebagai Pengerusi, Datuk Seri Musa Aman adalah Pengarah Yayasan Sabah. Sebenarnya, yang dimaksudkan AFS adalah jawatan Pengarah, bukan Pengerusi seperti yang ditulis sebelum ini. Jawatan 'Pengarah' merupakan jawatan penting dalam yayasan itu kerana aktiviti yayasan itu terletak ditangan individu yang dilantik sebagai 'Pengarah'. Manakala Pengerusi hanya merupakan Pengerusi kepada Lembaga Pengarah. Tugas Pengerusi hanya melibatkan polisi yayasan dan bukan aktiviti harian seperti urusan pembalakan. 

Berkaitan pembalakan di Tawau, sila baca kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Negeri Sabah yang menerangkan maksudnya sendiri. Oleh itu, hentikanlah pembohongan berkaitan Datuk Musa, kerana dakwaan anda, kini sudah auta.

BUKTI

KENYATAAAN AKHBAR - JABATAN PERHUTANAN SABAH. Pembalakan Di Kampung Balung  Cocos (Kokos), Tawau. 

1. Terdapat artikel yang telah disebarkan di media sosial baru-baru ini berkenaan tuduhan pembalakan haram di kawasan berdekatan Balung, Cocos. 

2. Adalah disahkan bahawa pembalakan yang dilaporkan itu adalah di kawasan Tanah Hak Milik (titled land) dan bukan di dalam kawasan hutan simpan, perlindungan ataupun Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).


3. Tanah hak milik persendirian (private land) itu berkeluasan 946 hektar di mana untuk memulakan pembangunan tanah, kawasan berkeluasan 70 hektar itu mulai dan sedang dibangunkan, kerja permulaan termasuklah tebangan kayu di kawasan 70 hektar itu.


4. Kayu balak hasil daripada pembangunan di tanah persendirian itu telah dikenakan cukai dan cukai yang diwajibkan telahpun dibayar kesemuanya. Balak-balak yang dikeluarkan adalah sah dari segi undang-undang.


5. Segala tomahan dan tuduhan bahawa kayu-kayu adalah hasil tumbangan haram adalah tidak betul, tidak berasas dan hanyalah fitnah semata-mata. 


Sumber:
Pengarah 
Jabatan Perhutanan Sabah

Satu lagi pembohongan besar yang kononnya ada lori balak diiringi polis dari Tawau ke Kota Kinabalu. Pembohongan itu merupakan penghinaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tugas polis tidak pernah sedemikian. Tugas PDRM adalah menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dan bukannya mengiringi lori-lori balak.

Sekali lagi diulangi, untuk makluman pembohong itu agar tidak berbohong lagi bahawa sejak Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri, tidak ada lagi lesen pembalakan baru dikeluarkan. Jika ada pembalakan, maka pembalakan itu dijalankan secara konsesi Yayasan Sabah. 

Oleh kerana Yayasan Sabah sejak lebih 50 tahun mempunyai konsesi membalak untuk tujuan mendapatkan pendapatan demi memenuhi obligasi sosialnya, antara lain adalah juga dalam soal-soal pendidikan anak-anak Sabah.

Sebenarnya, AFS menganggap tiada merit mengulas apa yang ditulis oleh pembohong ini. Namun, demi menjaga maklumat di media sosial agar mereka yang kurang mengetahui maklumat tidak terkeliru dengan pembohongan budak ini. 

AFS ingin berkongsi dengan pembaca laman sosial. Tujuan budak ini hanya mahu mendapat nama kerana sanggup membuat dakwaan palsu terhadap Ketua Menteri Sabah. AFS yakin, pihak-pihak tertentu sedang mengumpul maklumat berkaitan budak ini untuk diambil tindakan dan akan dipertanggungjawabkan perbuatannya. Bersedialah Julfazli!

*Dengar-dengar sebelum ini, budak ini pada mulanya berkelakuan baik tetapi setelah tewas bertanding pada 'suatu pertandingan' (rahsia), maka mulalah memberontak dan menentang kerajaan.  Ketakpuashatian? Maklumat diterima adalah sahih!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook