Latest News

Friday 29 July 2016

10 Cawangan UMNO TENOM Keluar Parti

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ngam...bagusss... Oleh FB Page Tulun Saba (screenshot)
(ii) Mari, mari semua... Kita keluar umno...... Hahaha.... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

APA yang perlu diketahui bahawa jumlah ahli UMNO Sabah merupakan yang teramai di negara ini iaitu lebih 530 ribu orang. Memandangkan kepada jumlah keahlian itu, nampaknya kalau dilihat daripada jumlah undi yang diperolehi BN pada PRU-13 lalu, seolah-olah seluruhnya adalah daripada ahli UMNO. Namun, sebenarnya bukanlah demikian kerana tidak semua ahli UMNO itu telah mendaftar sebagai pengundi.

Kalau dilihat daripada jumlah ahli, kalaupun 100 ribu ikut jejak Shafie Afdal ertinya masih berbaki 430ribu. 'Jumlah itu masih merupakan majoriti'. 

Dalam sesebuah pilihan raya, yang mustahak adalah jumlah majoriti sebabnya tiada parti yang boleh menguasai seluruh undi.

Jika benarlah 10 cawangan UMNO Tenom keluar daripada parti seperti mana yang diberitakan, kepastiannya, apakah mereka itu akan menghantar surat kepada parti untuk menyatakan keluar daripada parti? Hal ini kerana walaupun mereka itu mengisytiharkan keluar daripada parti tetapi keahlian mereka masih berada dalam rekod parti.

Adalah satu tindakan betul, jika mereka yang keluar parti itu wajib menghantar surat keluar parti kepada bahagian di mana mereka menjadi ahli. Jika tidak, mereka ini akan menjadi individu yang bertindak seperti 'musang dalam kandang ayam'.

Telah menjadi tugas Ketua Bahagian Tenom untuk mengenal pasti mereka-mereka ini agar bahagian itu bersih daripada petualang-petualang.

Di Sabah, kerap kali berlaku walaupun seseorang itu bertindak melawan parti akan tetapi nama mereka masih tersenarai dalam rekod parti. 

Keluarlah beberapa ahli Umno daripada parti tidak akan memberi impak yang besar kerana dalam sistem demokrasi, yang mustahak adalah majoriti. Sehingga kini, majoriti ahli parti masih bersama-sama parti. Adalah diharapkan mereka-mereka yang tidak sealiran dengan kepimpinan agar cepat-cepat keluar supaya parti benar-benar bersih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook