Latest News

Wednesday 13 July 2016

ALAMAK! Darell Leiking MP Penampang, Jambatan Kayupun Tidak Mampu Buat...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pada awal pagi tadi seorang wira... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

DARELL Leiking bukan seorang wakil rakyat biasa dan bukan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi Ahli Parlimen (MP). Jika dilihat dari segi kedudukan, jambatan kayu sebenarnya hanya semudah kacang putih tetapi mengapa wakil rakyat itu tidak mampu membantu? Mengapa pula menyalahkan wakil rakyat BN? Bukankah sebagai wakil rakyat, maka salah satu tugas utamanya adalah menyelesaikan masalah rakyat untuk menyediakan keperluan rakyat?

Berasaskan kenyataan MP itu bahawa pembaikan pulihan jambatan kayu itu dilakukan oleh orang awam yang bukanpun wakil rakyat. Ini bermakna dengan sendirinya beliau mengaku bahawa sebagai wakil rakyat, beliau juga tidak mampu membantu rakyat. Jika demikian, mengapa beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat? Ini benar-benar putar belit, disebabkan dia sendiri tidak mampu, disalahkan pula BN dan komponennya. 

Rakyat perlu membuka mata untuk menyokong wakil rakyat yang tidak mewakili kerajaan adalah sia-sia. Ini kerana mereka juga tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Berkokok di Parlimen tidak akan membawa hasil. Atas sebab, wakil rakyat yang mewakili kerajaan mempunyai prioriti atau keutamaan iaitu kawasan mereka kerana tugas mereka adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat yang mengundi mereka.

Kerajaan semasa hanya mempuyai obligasi pada infrastruktur yang digazetkan oleh kerajaan sebagai keperluan majoriti rakyat. Manakala jambatan kayu seperti yang dimaksudkan MP Penampang itu adalah jambatan yang termasuk dalam jambatan lorong kaki dan biasanya kos pembinaan atau pembaik pulihannya adalah melalui peruntukan Parlimen atau DUN sesebuah kawasan. Oleh kerana Parlimen Penampang dan dua DUN di dalam kawasan itu merupakan wakil rakyat bukan daripada kerajaan, maka mereka tiada peruntukan seperti mana diperolehi oleh wakil-wakil rakyat yang mewakili kerajaan. 

Biasanya, bagi kawasan yang diwakili pembangkang, maka peruntukan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Daerahlah yang mengatur peruntukan tersebut. Kemungkinan besar, peruntukan yang disalurkan ke Pejabat Daerah telah habis dibelanjakan, maka pembaik pulihan jambatan lorong pejalan kaki tersebut tidak ada peruntukan apabila diminta. Namun, jika kawasan Penampang diwakili wakil rakyat kerajaan, wakil rakyat boleh memohon langsung daripada kerajaan untuk membaiki pulih.

Di sebabkan kawasan itu bukan wilayah wakil rakyat kerajaan, maka obligasi kerajaan hanya tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan dan tidak timbul peruntukan tambahan. Atas sebab itu, rakyat perlu mengambil iktibar bahawa jika mereka memilih wakil rakyat daripada pembangkang, maka peruntukan sangat terhad. Manakala jika mereka memilih wakil rakyat yang mewakili kerajaan, maka peruntukan boleh dipohon dan dipertimbangkan oleh kerajaan semula.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook