Latest News

Tuesday 26 July 2016

BANGUNAN HAK MILIK KETUA MENTERI SABAH DISEWAKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH? Ini Bisikan Syaitan...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ANGUNAN HAK MILIK KETUA MENTERI SABAH DISEWAKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot) (screenshot)

FAKTA pertama ialah di manakah bangunan kerajaan yang sedang kosong itu? Bangunan Baru Pentadbiran Negeri masih sedang dibangun dan masih belum siap sepenuhnya. Jadi, bangunan mana yang sedang kosong? Bangunan Yayasan Sabah atau Menara Tun Mustapha? Bangunan itu terkecuali kerana tempat letak kereta semuanya telah diisi. Bangunan Innoprise? Dari tingkat satu hingga atas semuanya penuh. Jadi, mana satu bangunan kerajaan yang sedang kosong yang dimaksudkan? Berdekatan Universiti Malaysia Sabah (UMS)? Bangunan Kompleks Kerajaan Persekutuan? Hmm lagilah penuh...

Berasaskan fakta keadaan bangunan di atas, ertinya dapatan awam yang didakwa oleh pemilik facebook itu sebenarnya khayalan dia pada masa dia sedang baring di katil atau mengelamun jauh duduk di jalanan. Siapa tahu! Pada masa 'sedang' itu barangkali terlintas difikirannya berkaitan bangunan kerajaan. Nah! Akibat bisikan syaitan itulah dia hanya mengarut di facebook. Tak gitu?

Cuba baca betul-betul kenyataannya. Sebagai contoh, dia memberikan gambaran satu bangunan berdekatan Bandaran Berjaya yang kononnya bangunan itu milik Datuk Seri Musa Aman. Mungkin juga kerana Datuk Seri Musa Aman sebelum ini merupakan ahli perniagaan yang berjaya. 

Kerajaan negeri masih dalam pencarian ruang-ruang pejabat untuk kakitangan, kementerian atau agensi kerajaan dan pertimbangan pertama adalah kemudahan ruang-ruang pejabat itu. Kemudiannya, kadar sewa. Kerajaan tidak terikat dengan mana-mana pihak berhubung dengan penyewaan bangunan. 

Memang benar di bangunan itu ada kementerian atau agensi kerajaan yang sedang menyewa. Tujuan menyewa itu disebabkan bangunan itu kondusif untuk dijadikan sebagai ruang pejabat dan keluasannya memenuhi keperluan sebagai ruang pejabat bagi agensi atau kakitangan kerajaan. Seperti yang dinyatakan di atas, pertimbangan kerajaan untuk mencari ruang pejabat berasaskan kepada kondusif, kadar sewa, kemudahan serta keluasan. Oleh kerana bangunan yang dimaksudkan memenuhi kriteria itu, maka kerajaan menyewa sebahagian daripada ruang pejabat yang disediakan oleh pemilik bangunan. Tidak kiralah siapa pemilik bangunan itu asalkan syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

Satu pertanyaan, benarkah bangunan itu milik Datuk Seri Musa Aman? Jika benar bangunan itu milik mereka yang ada bau-bau bacang dengan Ketua Menteri itu, apa salah mereka untuk menyewa bangunan yang memerlukan? Barangkali si Jufazli ini sudah sakit tuuutt...

Kepada pemilik akaun facebook itu aka Jufazli Shi... dasar pencari publisiti, kalau membuat dakwaan tu biarlah dakwaan itu logik. Bukannya satu khayalan yang bersandarkan kepada bisikan syaitan...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook