Latest News

Wednesday 20 July 2016

Batal Kad Pengenalan Palsu? BAGAIMANA MEMBATALKANNYA???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini bermaksud ic tu ada kaitan dengan kerajaanlah... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

Namanya juga kad pengenalan palsu, bagaimana membatalkannya? Sedangkan nombor kad pengenalan itu tiada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tindakan pembatalan hanya boleh dilaksanakan, jika memang kad pengenalan seumpama itu wujud dalam sistem JPN. Jika tidak, tiada yang boleh dilakukan. Bagi mereka yang bercakap soal pembatalan kad pengenalan palsu, sebenarnya bercakap dalam keadaan mabuk kerana tidak mengerti apa itu PALSU! Sebaiknya, mereka ini perlu merujuk kamus Dewan Bahasa apa erti perkataan 'palsu'.

Di Sabah, untuk membuktikan terdapatnya kad pengenalan palsu hanya dengan melalui penangkapan terhadap mereka yang menggunakan kad pengenalan seumpama itu. Persoalannya, bagaimana membuktikan bahawa kad pengenalan itu palsu? Apabila nombor kad itu dirujuk kepada JPN dan didapati tidak terdapat dalam sistem. Sesuatu nombor kad yang tiada dalam sistem JPN adalah dinamakan kad pengenalan palsu.

Tidak ada yang boleh dilakukan berkaitan kad pengenalan palsu selagi tidak tertangkapnya seseorang atau individu yang membawa atau menggunakan kad seperti itu, maka tidak akan diketahui sesuatu kad yang dimiliki seseorang itu adalah palsu.

Sebenarnya, kad pengenalan palsu tidak berguna apa-apa sebabnya selain tidak boleh digunakan untuk membuka akaun bank, juga tidak dapat digunakan memohon lesen memandu dan tidak boleh digunakan memohon mendaftar syarikat dan lain-lain lagi. Kad pengenalan palsu sebenarnya hanya digunakan sebagai kad pengenalan diri pada sesuatu kawasan yang tidak mempunyai mesin pengimbas seperti di kampung-kampung atau ladang-ladang. Biasanya, mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu ini menggunakan kad itu untuk mendapatkan kerja di ladang-ladang atau pembalakan atau menjadi buruh bangunan di mana sistem pengupahan adalah berasaskan harian. Lazimnya, jika majikan mendaftar pekerja untuk tujuan KWSP atau PERKESO, pekerja akan menghilang dan tidak dapat dikesan lagi sehinggalah tertangkap.

Sebenarnya, isu kad pengenalan palsu yang kerap diwar-warkan adalah satu cabaran utama kepada keraajaan untuk mencarinya. Atas sebab itu, kerajaan melalui penguatkuasa keselamatan, kerap menjalankan operasi bagi memburu dan menangkap pemilik kad seumpama ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook